in

Dipercayai Keluar Rumah Pada Petang Khamis, Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Remaja Perempuan 15 Tahun

kes orang hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang setelah dipercayai keluar dari rumahnya di Sungai Buloh pada Khamis lalu.

Menurut laporan Harian Metro, remaja tersebut iaitu Wan Adriana Qaisara Wan Azim difahamkan telah keluar dari rumahnya yang terletak di Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh.


Polis telah menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu pada jam 1.13 pagi semalam.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk sama-sama mengesan remaja perempuan berusia 15 tahun itu.

remaja hilang

Artikel Berkaitan: Remaja Lari Rumah Kerana Takut Kena Ganti Duit Ibu Lepas Gagal Ujian B2

Artikel berkaitan: Lib*s Penunggang Motosikal Dengan Objek Tajam, Lelaki 20-an Dicekup Polis

Difahamkan, ketika mangsa terakhir kali dilihat, mangsa membawa beg galas bewarna biru muda dan memakai seluar dan baju hitam serta tudung sarung berwarna hitam.

Mangsa yang berkulit sawo matang mempunyai ketinggian sekitar 149 CM dengan berat 48 kilogram.

Mana-mana orang awam yang ternampak remaja ini di tempat awam atau mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh hubungi pihak polis untuk membantu mengesan keberaan remaja ini.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.