in

Dipenjara 28 Bulan, Kamal Adli Tidak Puas Hati Dengan Hukuman Penyerang Di Singapura

Syaz Ft 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal tahun lalu, pelakon terkenal tempatan Kamal Adli diserang oleh seorang individu tidak dikenali yang memukul kepalanya dengan cota besi di Singapura dalam satu acara di sana.

Serangan itu membuatkan pelakon Isteri Untuk Dijual itu cedera di bahagian kepala sehingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital.


Terbaru, Kamal Adli berkata dia merasakan hukuman yang diterima oleh pelaku itu tidak setimpal di mana Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman 28 bulan 2 minggu terhadapnya.

1976894

Menurut laporan Harian Metro, hukuman itu tidak adil buat dirinya sebagai mangsa dan individu itu menggunakan masalah mental (berhalusinasi) untuk menyerangnya tanpa alasan yang munasabah.

“Saya baru saja dimaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan terhadap individu berkenaan. Lagipun sepanjang kes ini berjalan, pihak mahkamah di sana tidak menghubungi saya. Tiada telefon, bertanya khabar dan sebarang maklumat mengenai kes ini pun tidak pernah dimaklumkan.

Bagi saya tidak adil kerana hukuman itu terlalu singkat. Semudah-mudahnya menggunakan alasan berhalusinasi untuk menyerang saya. Bagaimana muncul alasan dia berhalusinasi saya meraba anak buahnya? Nama saya pun tercalar akibat tuduhan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal berkata dia tidak mahu membuka mulut berkenaan insiden itu kerana tidak mahu dianggap mencari publisiti murahan.

“Selepas dilepaskan nanti adakah dia akan menyerang orang lain sewenang-wenangnya? Bukan pukul pada bahagian bahu, tangan atau kaki tetapi kepala. Saya bukan saja terkesan dari segi kesihatan, malah trauma untuk kembali bekerja selama enam bulan.

Selain itu, saya juga kecewa dengan pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menyediakan kawalan keselamatan dan sebagainya. Mereka hanya membayar bil hospital saja, namun tidak bertanya lanjut selepas itu,” katanya lagi.

Sebagai info, pada 12 Mac tahun lalu, tertuduh, Muhammad Nabil Rashid, telah menyerang dan memukul Kamal di kepala dengan cota besi di acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Singapura.

Kamal yang cedera di bahagian kepala terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura dan terpaksa ditidurkan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.