in

Dipecat dari UMNO & Pernah Dipenjarakan, Ini Perjuangan DS Anwar Sebelum Jadi PM ke-10

Ft Perjuangan Anwar Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persoalan akhirnya telah terjawab, Istana Negara telah mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.


Pasti para penyokong beliau kini rasa gembira dan terharu melihat kejayaannya setelah mengimbau balik liku-liku perjuangan Perdana Menteri Malaysia ini. Jadi, sempena kejayaan beliau, disini min nak kongsikan balik kronologi perjuangannya untuk mencapai ke tahap ini.

 

Pernah sertai UMNO dan memegang jawatan menteri sebelum naik ke Timbalan PM.

Pada tahun 1982, Anwar Ibrahim yang merupakan pengasas dan presiden kedua sebuah pertubuhan belia Islam yang dikenali sebagai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), mengejutkan penyokong liberal dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang diketuai oleh Mahathir bin Mohamad yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981.

Beliau dinaikkan pangkat politik dengan cepat, jawatan menteri pertamanya ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983 sebelum menjadi Menteri Pertanian pada tahun 1984. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran (Pendidikan) pada tahun 1986.

Tahun 1991, beliau menjadi  Menteri Kewangan, sumbangannya memegang jawatan tersebut begitu bagus sehingga Asiamoney menggelarkannya sebagai Menteri Kewangan Terbaik.

Anwar Cohen 980416

Pada tahun 1993, beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas mendapat kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO ‘menewaskan’ Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa dari Mac hingga September 1998.

 

2 September 1998

Pada tarikh ini, beliau telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno atas dakwaan kesalahan rasuah dan liwat, Beberapa bulan selepas itu, beliau ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Bagaimanapun, setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Bagaimanapun, saksi dipertikai kerana telah beberapa kali menukar pengakuan.

 

20 September 1998

Anwar telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana telah mencetuskan rusuhan, lapor Sinar Harian. Menurut sumber lagi, Tun M yang pada waktu itu masih Perdana Menteri ke-4 menyatakan bahawa, penahanan Anwar mengikut ISA berbeza dengan pendakwaan beliau di mahkamah kerana ISA terpaksa digunakan bagi menghalang Anwar terus menghasut orang ramai melakukan rusuhan.

Menurut Tun M yang menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 itu, kerajaan tidak berniat menahan Anwar mengikut ISA, tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu sejak awal lagi mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan didakwa mengikut akta berkenaan.

Pada 29 September 1998, Anwar telah dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan liwat serta rasuah.

 

4 April 1999

17758275 931058633664080 7648046680676171477 O

Waktu ini sejarah telah tercipta, menurut isteri Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, ini adalah tarikh yang beliau akan kenang kerana waktu inilah Parti Keadilan Nasional (KeADILan) ditubuhkan.

Ia selepas Anwar dan penyokong memulakan satu gerakan reformasi yang terdiri daripada beberapa demonstrasi besar-besaran dan perhimpunan menentang kerajaan (BN).

Saat ini Pilihan Raya Umum pada tahun tersebut, Parti Keadilan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) membentuk satu Barisan Alternatif dalam inisiatif gabungan untuk menggantikan kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN).

 

8 Ogos 2000

Pada 14 April 1999, Anwar dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun kerana didapati bersalah atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan pada 8 Ogos 2000, Anwar dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun.

Pada 29 April 2001, sabitan kes rasuah dan salah guna kuasa dikekalkan di Mahkamah Rayuan. Bagaimanapun rayuan akhir sabitan rasuah Anwar dibawa ke Mahkamah Persekutuan, pada 10 Julai 2002, rayuan akhir untuk sabitan kes rasuahnya gagal.

Anwar Dan Polis

 

3 Ogos 2003

Pada 3 Ogos 2003, Parti Keadilan Nasional telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh isterinya, Wan Azizah sebagai presiden. PKR merangkul kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum 2008 dengan memenangi 31 kerusi dan sekaligus menjadikan PKR sebagai parti pembangkang terbesar di Parlimen.

 

2 September 2004

Mahkamah Persekutuan telah membebaskan Anwar daripada sabitan kes liwat. Bagaimanapun, pada 28 Jun 2008, bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis.

Dia mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Bagaimanapun, pada 7 Ogos 2008, Anwar mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen.

26 Ogos 2008

Anwar menang dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Beliau berjaya peroleh 31,195 daripada anggaran 47,000 undi yang diletakkan di daerah itu. Malah, Pada 27 Januari 2014 ini, beliau telah diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi PRK Kajang untuk menggantikan Lee Chin Cheh kerana meletak jawatan, insiden ini dikenali sebagai Langkah Kajang.

3 Februari 2010

Kronologi perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Posted by Sinar Harian on Wednesday, May 16, 2018

Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh iaitu pada Ogos 2008.

Pada 16 Mei 2011, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Anwar untuk membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful setelah pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

9 Januari 2012, pihak pendakwaan mengemukakan petisyen rayuan mengandungi sembilan alasan lain. Menurut sumber, ia supaya Anwar disabitkan atas tuduhan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Anwar dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun pada 7 Mac 2014 oleh Mahkamah Rayuan kerana didapati bersalah meliwat Mohd Saiful pada enam tahun lepas.

Beliau ada mengemukakan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan, namun pada 10 Februari 2015 beliau didapati bersalah dan hukuman lima tahun penjara dikekalkan.

10 Mei 2018

Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada waktu itu kembali menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 telah menyatakan Yang di-Pertuan Agong untuk menganugerahkan pengampunan penuh kepada Anwar.

Tanggal 15 Mei 2018, Yang di-Pertuan Agong berkenan menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan Anwar dibenarkan keluar penjara, beliau yang sepatutnya bebas pada 8 Jun 2018 dilepaskan awal pada 15 Mei 2018.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PH telah menang besar dengan meraih 82 kerusi  parlimen dan tanggal 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diumumkan menjadi Perdana Menteri yang ke-10 oleh Agong dan beliau selesai angkat sumpah di Istana Negara jam 5 petang tadi.

Baca : SAH! Dato’ Seri Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai PM ke-10 Malaysia

Anwar Ibrahim Pm 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.