in

“No more timbang kilo” – Produk Kosmetik Miliki Bahan Bahaya Akan Ditarik Balik Dalam Masa 24 Jam!

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini ramai betul personaliti-personaliti media sosial yang mudah mengeluarkan barang-barang kosmetik atau ubat-ubatan yang tak diketahui kandungannya kepada followers dengan menggunakan imej diri atau gaya hidup sebagai marketing.

Ekoran ini, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengatakan produk kosmetik dan ubat-ubatan yang mengandungi kandungan berbahaya akan ditarik semula dari pasaran dalam tempoh 24 jam, lapor BERNAMA.


Dr Noor Azmi menjelaskan, produk yang mempunyai risiko kecil kepada pengguna atau tidak menepati piawaian kualiti yang ditetapkan perlu ditarik balik dari pasaran dalam tempoh 72 jam (tahap 2).

Eu M 9Guuaetegu

Produk tahap tiga dengan masalah-masalah lain pula perlu ditarik balik dari pasaran dalam masa 30 hari.”

Tindakan ini diumumkan oleh Dr Noor Azmi bagi menjawab soalan MP Sabri Azit (PAS-Jerai) yang mahu mengetahui langkah kerajaan dalam memantau produk-produk ini bagi membendung “doktor sosial media” yang kini berleluasa dalam menjual produk kosmetik sehingga menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna.

Untuk pengetahuan korang, pada tahap satu produk-produk ini akan ditarik balik dari semua pengguna, tahap dua, dari semua tempat yang membekalkan produk ini seperti hospital, farmasi, klinik dan sebagainya manakala tahap 3, ia akan ditarik balik dari pemborong dan pengedar produk.

Harapnya dengan tindakan ni dapatlah kurangkan produk-produk bahaya. Kesihatan terjaga, duit pun takdelah bazir.

 

Baca: “I pernah pakai ta*i teruk sangat muka sampai rasa gatal” – Gadis Ini Share Produk Kosmetik Yang Mesti Dielak Oleh Kaum Wanita

Screenshot 2022 07 25 At 1.10.34 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.