in

Dikecam Lambat Bertindak, Rina Harun Nafi Kementerian Tak Ambil Peduli Kes Bella

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Rina Harun mengeluarkan kenyataan mengenai kes pengabaian dan penderaan membabitkan remaja Sindrom Down Bella.


Bagaimanapun, ramai netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana menganggap kementerian ini lambat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Menurut Malay Mail, Rina Harun telah menafikan tuduhan bahawa tiada tindakan yang diambil oleh pihaknya mengenai kes Bella ini.

Rina Harun menjelaskan, tindakan ke atas kes penderaan ini telah pun dibuat sejak tahun lepas termasuk menghalang Siti Bainun Ahd Razali dari mendapatkan hak penjagaan anak-anak angkatnya serta turut mengeluarkan notis kompaun pada Julai 2021.

Abcf28622E9A8Ed8F881E8F9C3D074C6

Tambahnya, usaha-usaha yang dilakukan ini adalah bagi memastikan kesejahteraan Bella terjaga.

Kami telah berikan sokongan emosi kepada Bella kerana dia masih trauma dan memastikan dia sihat secara fizikal dan emosi.”

Sementara itu, Rina turut bercakap kes Bella ini juga telah mengubah undang-undang negara terhadap pengambilan anak angkat.

Kami juga telah ketatkan undang-undang pengambilan anak angkat dan beberapa perubahan telah dibuat bagi memastikan perkara ini tak berlaku lagi.”

Selain itu, Rina memberitahu tujuan kementeriannya untuk kekal mendiamkan diri mengenai kes ini adalah untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan Bella terjaga.

Ada perkara yang kami buat tapi tak hebohkan, ini tak bermakna tindakan tak diambil.”

 

Baca: “Jangan melampau” – Hakim Beri Amaran, Minta Netizen Tak Lebih-lebih Komen Kes Bella

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.