Hahaha admin nak gelak dulu, makin lama makin lucu rakyat Malaysia ni rupanya. Tak tahu la kenapa rakyat Malaysia ni suka sangat komen pelik-pelik tanpa berfikir dulu.
Memuat naik gambar di Instagram
Viral baru-baru ni, Dr. Maza memuat naik gambarnya di Instagram. Gambar yang dimuat naik tu gambar dia sedang duduk membaca buku didalam keretapi dengan caption “Dalam keretapi ke Ranong”. Tapi muncul la seorang hamba Allah yang bijaksana komen pada gambar tersebut.
Korang nak tahu tak apa yang dia komen?
Sumber: Instagram
Dikata Bid’ah
Aduhai… Dikatanya bidaah hahahaha. Ok ok, bagi yang tak tahu apa itu bidaah atau bid’ah. Bid’ah secara ringkasnya yang dikemukakan oleh Al Imam Asy Syatibi dalam Al I’tishom. Beliau mengatakan bahawa bid’ah adalah “Suatu istilah untuk suatu jalan dalam agama yang dibuat-buat (tanpa ada dalil) yang menyerupai syari’at (ajaran Islam), yang dimaksudkan ketika menempuhnya adalah untuk berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah Ta’ala.”
Ok kalau tak faham juga korang kena Google atau tanya ustaz atau orang yang lebih tahu.
Yang bertambah lucu bila Dr.Maza menjawab balik komen orang tu dan jawapan Dr.Maza buat ramai netizen tergelak. Geli sungguh hati admin baca komen tu hahaha!
Sumber: Twitter
Amin… Semoga Allah memelihara kita dari kebodohan ye. Aduhai tak sangka admin ada juga orang yang nak komen macam ni di zaman moden serba canggih dengan pengangkutan yang tersedia ada untuk kita bergerak kemana saja.
Sumber: Twitter
Sampai ada yang cakap mungkin orang tu nak Dr.Maza naik unta agaknya. Logik la, zaman nabi dulu mana ada keretapi. Kalau zaman sekarang nak naik unta, mungkin boleh sampai tapi… Jenuh la… Kita guna apa yang dah sedia ada je, kan bagus tu.
Aduhai… Admin doakan pembaca Lobak Merah semoga bijak-bijak belaka ye! Hehe