in

Diganti Dengan Teknologi, Ini 5 Pekerjaan Yang Dijangka Akan Hilang Pada 2033

Cats 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan pembangunan teknologi yang pesat, banyak pekerjaan yang akan menjadi tidak relevan kerana digantikan dengan robot dan kecerdasan buatan (artificial intelligence).


Dalam satu kajian yang dilakukan Foundation for Young Australians, 60 peratus orang muda di negara itu belajar dan berlatih untuk pekerjaan yang bakal pupus pada dekad akan datang.

Meskipun subjek yang dipilih ialah penduduk negara Australia, kajian ini telah menjadi rujukan dan bahan bualan oleh para pengkaji dari seluruh dunia.

Berikut adalah 5 pekerjaan yang bakal hilang menjelang tahun 2033:

1. Ejen pelancongan

Pada zaman dahulu, seseorang itu perlu pergi ke agensi pelancongan untuk melihat risalah tentang lokasi yang hendak dituju. Namun, semua itu sudah diganti dengan teknologi seperti laman web dan aplikasi telefon pintar.

Travel Agent

Dengan aplikasi seperti Trivago dan Agoda, semua proses seperti tempahan hotel boleh dilakukan hanya di hujung jari. Menjelang tahun 2030, agak logik jika agensi pelancongan hanya menfokuskan perniagaan mereka secara atas talian.

2. Tukang masak restoran makanan segera

Untuk mengurangkan kos perbelanjaan, restoran makanan segera akan mengaplikasikan teknologi automasi dalam proses penghasilan makanan mereka.

Web1 2016 Vdg State6

Dengan teknologi yang semakin maju, tidak mustahil jika pekerjaan tukang masak makanan segera akan dikurangkan atau tidak relevan lagi.

Situasi ini sudah pun terjadi di sebuah restoran makanan segera CaliBurger, di mana mereka menguji tenaga kerja automatik yang dikawal oleh kecerdasan buatan.

3. Pekerja gudang

Ini bukanlah sesuatu yang baharu di dunia ini. Pada ketika ini, beberapa gudang besar di China sudah pun menggunakan robot untuk menggerakkan barang dari titik A ke titik B.

3Bbea347 1878 4Fe9 A540 337027Db9333 Warehouse Image Large Extra Large

Malah, proses pengasingan dan pengklasifikasian bungkusan juga dapat dilakukan dengan mudah, dengan bantuan kecerdasan buatan dan robot.

4. Pemandu trak

Trak yang mampu untuk memandu sendiri dengan bantuan komputer bakal menggantikan pemandu trak pada masa akan datang. Malah, penggunaan kecerdasan buatan mampu untuk mengurangkan kesilapan manusia seperti mengantuk atau tersesat jalan.

Unnamed 1

5. Juruwang

Pada zaman sekarang, rata-rata daripada kita akan membuat pembayaran tanpa sentuhan dengan menggunakan kad dan e-dompet.

Malaysia Cashier

Ditambah pula dengan kemajuan mata wang kripto yang boleh diakses di hujung jari, teknologi ini sedikit sebanyak akan membuatkan orang ramai tidak membuat pembayaran secara fizikal.

 

Kredit: University Magazine

BACA: Anda Lepasan SPM & Keliru Nak Belajar Apa? Ini Senarai Bidang Dengan Permintaan Kerja Yang Tinggi

Cover 9

Sumber: AirAsia
Sumber: Sakthy
Sumber: MauKerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.