in

Anda Lepasan SPM & Keliru Nak Belajar Apa? Ini Senarai Bidang Dengan Permintaan Kerja Yang Tinggi

Cover 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan SPM baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu. Tahniah diucapkan kepada semua calon atas keputusan mereka.


Bagaimanapun, apa-apa pun keputusan yang anda terima, SPM bukanlah penentu masa hadapan kelak. Anda perlu bijak dalam menyusun atur kehidupan agar masa hadapan lebih terjamin.

Keputusan Spm 2018 1

Buat pelajar lepasan SPM yang berniat untuk menyambung pelajaran, anda perlu kaji dahulu bidang yang ditawarkan pihak universiti atau kolej. Adakah bidang yang ditawarkan mempunyai peluang kerja yang banyak di Malaysia?

Berikut adalah senarai bidang pelajaran yang mempunyai peluang kerja yang tinggi di Malaysia:

1. Teknologi maklumat (IT)

Kita berada di zaman moden yang segalanya boleh dilakukan hanya di telefon pintar atau komputer. Jadi, tidak mengejutkan apabila bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

0 Lkpmnmqznpylbyva

Antara bidang yang boleh anda ceburi adalah Software Engineering, Computer Science, Cyber Security, Artificial Intelligence, Network Computing, Graphic Design dan banyak lagi.

Kebanyakan bidang yang ditawarkan dalam teknologi maklumat adalah melibatkan pengekodan (coding). Jadi, mungkin anda boleh cuba dahulu teroka bidang berkaitan di laman W33Schools, Coursera atau Khan Academy.

2. Perkhidmatan Perbankan & Kewangan (Banking & Financial Services)

Sama seperti teknologi maklumat, bidang berkaitan dengan perbankan dan kewangan turut menerima permintaan yang tinggi di Malaysia.

Financial Services

Menurut sumber, Malaysia memerlukan tenaga mahir yang banyak dalam bidang ini apabila Menara Tun Razak Exchange (TRX) siap dibina kelak. Malah, TRX turut digelar sebagai Wall Street versi Malaysia oleh media.

3. Bisnes

Kadang-kala, bidang ini dipandang rendah oleh orang ramai. Hakikatnya, bidang ini melahirkan tenaga sumber manusia (human resource) yang amat diperlukan dalam sesebuah organisasi.

60119E9431D658E36235021C Header Image

Mereka yang berada di tahap profesional dalam bidang ini kebiasaannya mempunyai kemahiran untuk mengurus syarikat, melatih, dan mencari bakat.

4. Logistik & Rantaian Bekalan (Logistics & Supply Chain)

Jika anda perasan, teknologi telah membolehkan kita untuk melakukan sesuatu dengan mudah seperti membeli-belah dan menjual barangan. Segalanya boleh dilakukan di telefon pintar sahaja.

060418 Image Trade Containers

Bidang ini berkembang dengan pesat dan menyumbang 3.5 peratus kepada perkembangan produk domestik Malaysia pada tahun 2017 dengan nilai RM48.8 bilion.

Difahamkan, sektor ini dijangka akan terus berkembang pada kadar 8.9 peratus atau lebih tinggi pada masa akan datang.

5. Pemasaran & Komunikasi (Marketing & Communications)

Tenaga mahir dalam bidang pemasaran dan komunikasi adalah tunjang belakang kepada syarikat dalam mempromosikan produk dan servis. Dalam bahasa mudahnya, tanpa mereka, syarikat akan sukar untuk menjana duit.

6A00E54Ee3905B883301B7C6Fe3354970

Mereka yang mahir dalam pemasaran terutamanya dengan kebolehan teknologi seperti SEO, PPC dan CRM kebiasaannya sangat bernilai di mata majikan.

Nasihat buat pelajar lepasan SPM, pilih bidang yang anda minat okay!

 

Sumber: EduSpiral

BACA: Dari Lion Air Ke Rider Grab? Pramugara Ini Nekad Tukar Bidang Kerana Tiada ‘Job’ Di Udara

Capture 28

Sumber: Medium
Sumber: Shiroyama
Sumber: Grow
Sumber: ING Think
Sumber: Salesforce

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.