Kalau di Malaysia, isu gangguan seksual dalam kalangan wanita sering kita dengar di media sosial apabila banyak daripada mereka berkongsi pengalaman yang cukup menakutkan sehingga ada yang dikatakan trauma dengan apa yang berlaku terhadap mereka.
Sebelum ini juga menjadi perdebatan besar apabila sesetengah pihak menyalahkan mangsa yang terkena gangguan seksual dan menggunakan beberapa faktor seperti berpakaian seksi menyebabkan lelaki ‘tergoda’ sehingga membawa kepada perkara tidak diingini berlaku. Eh macamtu pula?
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai wanita yang berkongsi detik cemas ketika sedang memandu di jalan raya di Johor.
Wanita dakwa diikuti dan diperhati oleh pak cik ‘creepy’
Video yang berdurasi 11 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan seorang wanita yang berkongsi detik cemas dengan seorang lelaki pertengahan umur yang didakwa mengekori dan merenung lama ke arahnya di sebuah persimpangan lampu isyarat.
@flwrbloom3 There is a difference between LOOKING and STARING! This creepy old man been following me and give me that look for almost 10 min #harassment #harassmentawareness
“You are a woman driving alone while enjoying your sundae cone.”
Menerusi video tersebut, wanita itu difahamkan sedang menikmati aiskrim di dalam keretanya berseorangan sambil memandu dan tiba-tiba merasakan ada sebuah kereta yang sedang mengekorinya sepanjang perjalanan.
Sewaktu dia berada di persimpangan lampu isyarat, ternyata kereta di sebelahnya yang dipandu oleh seorang pak cik sedang merenung tajam ke arahnya dalam tempoh yang agak lama.
“Ada perbezaan di antara MELIHAT dan MERENUNG! Pak cik creepy ni dah ikut saya dan memerhati saya hampir 10 minit!”
Ikut sampai tiga ‘trip’ lampu isyarat, ada ruang kosong banyak tapi tetap nak berhenti tepi kereta wanita itu
Lobak Merah telah mendapatkan informasi daripada pemilik video tersebut dan menurutnya, dia terpaksa berpura-pura menelefon dengan meletakkan di telinga hanya untuk merakam kejadian tersebut.
Dia juga mengatakan bahawa dia telah diikuti oleh lelaki sepanjang menunggu tiga kali trip lampu isyarat dan mendakwa kereta tersebut tidak mahu beranjak dan kekal berhenti di sebelahnya walaupun ada banyak ruang di hadapan.
“Untuk pengetahuan semua, dia telah ikut saya sepanjang menunggu 3 traffic light. Depan kereta dia ada space untuk 2 biji kereta ye and tak ke depan semata nak stop right beside me.”
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Bukit Indah, Johor Bahru semasa perjalanannya untuk ke pejabat dan dia mengatakan masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
Netizen turut rasa takut, ada yang minta pasang tinted gelap untuk keselamatan
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa takut dengan apa yang berlaku kepada wanita tersebut. Ada yang memberi kata-kata semangat kepadanya agar sentiasa kuat dalam menghadapi detik-detik menakutkan ini.
Turut ada yang berkongsi supaya para wanita diminta memasang tinted gelap di tingkap kereta demi keselamatan semasa memandu tidak kira pada waktu siang mahupun malam.
Dunia sekarang dah tak selamat. Hati-hati ya para wanita di luar sana!
Baca: Pelajar Dedah Kena Gangguan Seksual Dari Pensyarah, Diminta Jawab Soalan Kaji Selidik ‘Lucah’