Tular di media sosial sebuah iklan mengenai kediaman mewah yang didakwa milik pelakon Rebecca Nur Al Islam dilelong hari ini.
Dalam perkembangan terbaharu, banglo terbabit telah berjaya dilelong dengan harga RM2.92 juta pada pagi ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Menerusi sumber mStar, pelelong berlesen Ishaq Marazi menjelaskan banglo tiga tingkat yang terletak di Ampang, Selangor itu merupakan milik bersama Rebecca dan bekas suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman.
Dalam pada itu, Ishaq juga tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi pembeli atas permintaan tuan badan.
Artikel berkaitan: Letak Status ‘Single Mother of 7″ Di Instagram, Rebecca Nur Islam Beri Bayangan Berpisah Dengan Suami?
Artikel berkaitan: Rebecca Nur Al-Islam Sangkal Dakwaan Berhutang Dengan Kakak Ipar RM1.5 Juta

Gagal bayar pinjaman rumah
Menurut Ishaq, Rebecca dan Nur Azam didakwa sudah dua tahun gagal membayar komitmen bulanan kediaman terbabit menyebabkan ia terpaksa dilelong.
“Dalam geran rumah itu tertulis nama milik bersama bekas suami Rebecca. Kalau tak silap saya rasanya dah dua tahun mereka tidak bayar rumah tersebut, sebelum bercerai lagi.
“Saya tidak buat urusan dengan mereka, sebaliknya saya berurusan dengan pihak bank.
“Disebabkan bank sudah tarik dan mereka tak bayar jadi pihak bank bagi senarai kepada kami untuk urusan lelong,” katanya.

Setakat ini, Rebecca belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tular itu.
Pada Ogos lalu, Rebecca meraih perhatian ramai apabila memberi bayangan hubungannya dengan suami sudah berakhir.
Dia turut mendedahkan dirinya sudah menamatkan tempoh idah ketika menunaikan umrah pada September lalu.
Sumber: mStar
