Seorang pembantu peribadi (PA) kepada artis wanita terkenal yang ditahan polis selepas didakwa mencuri barangan kemas, direman empat hari bagi membantu siasatan.
Memetik sumber Harian Metro, kecurian dipercayai berlaku pada Jun lalu selepas pelakon berkenaan menyedari rantai emas miliknya hilang termasuk rantai emas anaknya.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare, pelakon itu ada bertanya kepada pembantu peribadi namun suspek menafikan mengambil rantai emasnya.
Artikel berkaitan: “Takde rasa bersalah!” – Gadis Didakwa Curi Kad ATM, Habiskan Lebih RM 8K
Artikel berkaitan: “Banyak bersabar” – Iqbal Zulkefli Nasihat Aliff Syukri Tak Saman Bekas PA, Imbau Zaman Masa Dengan DSV
“Apabila pengadu membuat pemeriksaan lanjut, dapati dua gelang emas dan satu rantai emas milik anaknya turut tiada dalam beg tangan.
“Dia mengesyaki suspek mencuri barang itu malah pada bulan Mac lalu, pengadu juga pernah kehilangan wang tunai sebanyak RM10,000,” katanya.
Mengulas lanjut, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan suspek yang berusia 28 tahun itu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak kelmarin.
“Suspek direman empat hari bermula semalam sehingga 18 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
“Siasatan juga mendapati suspek memiliki dua rekod lampau berkaitan kes komersial,” katanya.
Terdahulu, pembantu peribadi itu juga ada membuat laporan di IPD Daerah Gombak mendakwa dipukul pelakon terbabit.
Katanya, punca pembantu peribadi itu dipukul kerana didakwa mereka cerita yang rumah tangga pelakon itu sedang bermasalah.
Sumber: Harian Metro