Di kala musim cuti sekolah, ibu bapa pastinya sudah mempunyai perancangan untuk membawa anak-anak berjalan ke tempat menarik seperti zoo dan taman tema air.
Antara waterpark yang menjadi perhatian ramai adalah Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas yang baharu dibuka pada 15 Disember lalu.
Taman tema air diarah tutup sebab tak ada lesen?
Walau bagaimanapun, keseronokan pengunjung untuk bermain air di taman tema baharu itu punah apabila ia diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu bermula semalam (28 Disember 2022).
Menurut Astro AWANI, arahan penutupan itu dibuat oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) selepas mendapati premis tersebut dipercayai beroperasi tanpa lesen hiburan bagi aktiviti taman tema air.
Dalam satu kenyataan, MBSP menjelaskan bahawa pihaknya sudah beberapa kali membuat pemeriksaan bermula pada 16 Disember dan kali terakhir pada 27 Disember lalu.
Pihak MBSP mendapati taman tema berkenaan beroperasi tanpa lesen dan telah mengeluarkan notis supaya pihak pengurusan menghentikan aktiviti hiburan taman tema air di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
“Namun pihak pengurusan didapati masih gagal mematuhi arahan tersebut menyebabkan satu tindakan penutupan dibuat kira kira jam 9.40 pagi hari ini,” katanya.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02kWNad4HexgGXiH3dZ4RsUSRepirFN37o25sFcFewUpCqt1kkJ3tD5jAr2cQU3JV5l&id=100088555360135
“Tutup pulak dah…”
Penutupan tersebut ternyata mengecewakan hati pengunjung terutamanya kanak-kanak yang sudah berkumpul di hadapan pintu masuk taman tema berkenaan.
Menerusi satu video yang viral di TikTok, dapat dilihat pegawai MBSP yang bertugas menampal notis penutupan taman tema sambil disaksikan pengunjung yang berada di tempat kejadian.
@amanfitri88 tutup pulak dh waterpark bertam..lesen x dak
Menerusi ruang komen, ramai yang meluahkan rasa tidak percaya dan berharap isu lesen ini selesai tidak lama lagi kerana tidak sabar untuk berkunjung ke taman tema air tersebut.
Untuk info, pembukaan taman tema yang bernilai RM90 juta di Kepala Batas ini dahulunya telah tertangguh buat sekian lama akibat beberapa masalah termasuklah pandemik Covid-19 sebelum dimaklumkan mula beroperasi pada 15 Disember lepas.
Harap pengunjung yang dah beli tiket take note akan penutupan ini ya. Tak ada rezeki nak main air kat sana.
Baca: Viral Video Tikus Jamah Ayam Goreng Di Kedai Makan, Restoran Di Pandan Indah Diarah Tutup 14 Hari