in

“Diam, jika teruskan, AIDS!” – Rafizi Dedah Isteri Terima Mesej Ugutan

rafizi isteri ugutan AIDS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi sidang media di Parlimen sebentar tadi mendedahkan isterinya ada menerima mesej ugutan selepas anak lelakinya yang berusia 12 tahun diserang semalam.

Rafizi menyatakan keluarganya menerima beberapa ugutan antaranya ancaman melibatkan jangkitan penyakit berbahaya kepada anak mereka.


“Mesej itu berbunyi, diam, jika teruskan, Aids!” kata Ahli Parlimen Pandan itu yang menyatakan mesej tersebut turut disertakan emoji picagari.

Artikel berkaitan: Polis Tak Tolak Kemungkinan Kes Anak Rafizi Kena Serang & Disuntik Bermotifkan Politik

Percaya ada kaitan dengan cubaan ‘tutup mulut’ isu skandal

Menurut beliau lagi, insiden itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pertemuannya bersama sekumpulan pemberi maklumat (whistle blower) mengenai satu skandal pada minggu lalu, namun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai skandal berkenaan.

“Pada hemat saya, ini bersabit cubaan untuk menutup mulut saya. Ada sesuatu saya sedang teliti dan ini (serangan) adalah mesej untuk saya.

“Memang ada satu kumpulan ‘whistleblower’ datang pada saya Rabu minggu lepas mengenai satu skandal berkaitan wang.

“Maksudnya saya ingat pihak terbabit tahu kalau saya sudah mula lihat satu skandal, saya akan ‘go deep’ (siasat lebih mendalam)… pada saya, mereka nak saya ‘move on’ dan tidak meneruskannya,” katanya.

Anak mungkin disuntik virus, dadah atau racun

Tambahnya lagi, terdapat tiga kemungkinan bahan yang disuntik terhadap anaknya sama ada virus, dadah, racun ataupun hanyalah suntikan air kosong.

“Untuk tempoh 24 jam yang pertama, keutamaannya ialah selain daripada ujian darah, untuk kita tolak kemungkinan dadah ataupun racun.

“Yang penting ialah pemerhatian. Sekarang ini, pemerhatian nampak ok, tidak ada kesan-kesan segera,” katanya.

Setakat ini, polis sedang mengesan dua individu bermotosikal yang melakukan serangan terhadap anak Rafizi semalam dan mereka dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.