in

“Dia wanita sejak lahir” – Tunang Mengamuk Bila Hos ‘Podcast’ Tanya Tentang Jantina Lucinta Luna

Lucinta Luna Tunang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lucinta Luna merupakan seorang transgender yang terkenal dari Indonesia, pernah viral kerana lagu Bobo Di Mana, Lucinta juga baru sahaja mengumumkan pertunangan dengan seorang lelaki Mat Salleh.


Arten Boltian jejaka yang merupakan bakal suami Lucinta Luna baru-baru ini menjadi artis jemputan dalam podcast Deddy Corbuzier.

Dia yang juga dikenali sebagai Alan, ditemani Lucinta Luna naik berang apabila Deddy Corbuzier bertanya sama ada Alan tahu bakal isterinya itu adalah seorang transgender.

“Tunggu, saya nak cakap sesuatu sebab ramai yang beritahu Luna ni lelaki, dia transgender.

Saya nak bagitahu semua, dia wanita sejak lahir!” Katanya.

Jejaka yang berasal dari Ukraine itu berkata dia mempercayai bakal isterinya itu, kemudian Deddy Corbuzier seakan tidak puas hati dan bertanya sekali lagi kepada Alan jika dia tahu bahawa bakal isterinya itu transgender.

“Tetapi anda percaya bahawa (dia seorang wanita sejak lahir)?” tanya Deddy.

“Kenapa awak selalu cakap dia transgender? Kami datang ke sini untuk bercerita tentang perasaan kami, bercakap tentang lamaran dan perkahwinan kami,” balas Alan dalam keadaan marah.

Situasi itu kemudian ditenangkan oleh Lucinta Luna yang bertindak memarahi kedua-dua lelaki dan cuba untuk meninggalkan studio berkenaan.

Baca: “Itu kan lelaki!” –  [VIDEO] Berpegangan Tangan Dengan Lucinta Luna, Video DSV Dikecam Netizen

Dsv Lucinta Luna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.