in

“Dia suruh buka baju” – Suami Berubah Lepas Beranak Sebab Isteri Taknak Jadi Suri Rumah

Suami Rogol

Seorang isteri berkongsi tentang rumah tangganya di mana menurutnya si suami sudah berubah sejak dia melahirkan anak mereka.

Katanya, dia baru je kembali bekerja selepas cuti bersalin tetapi sebaliknya suami wanita berusia 24 tahun itu mahu dia menjadi suri rumah pula.

Saya dan suami sudah berkahwin hampir 2 tahun. Kami ada seorang anak. Hari ini hari pertama saya kembali bekerja selepas cuti bersalin dan suami saya tak suka.”

Dia mahu saya jadi suri rumah tetapi saya beritahu saya tidak mahu. Saya sedih tinggalkan anak saya tetapi saya juga sayangkan kerja saya. Saya rasa saya tak boleh hidup kalau duduk seharian di rumah.”

Perbincangan mereka tak habis di situ, kata wanita berkenaan suaminya yang berumur 26 tahun itu kini sudah berubah dan menjadi kurang sabar daripada sebelum ini.

Lebih dahsyat katanya pada satu hari, mereka berhubungan seks tanpa kerelaannya, bermaksud ia adalah rogol. Katanya, lelaki dia seolah-olah sudah menjadi orang lain.

Saya sedang bersiap pagi ini dan suami masuk ke dalam bilik dan perhatikan saya. Rasa seolah-olah dia tenung saya jadi saya bertanya jika dia mahu cakap sesuatu.”

Dia suruh saya tanggalkan baju. Saya beritahu dia saya dah kena pergi kerja dan dia bertegas untuk saya tanggalkan baju. Saya cakap tak mahu dan tiba-tiba dia terus genggam lengan dan tolak saya ke atas katil.”

Dia terus selak baju saya ke atas dan saya cuba tepis tangannya tetapi dia pegang pergelangan tangan saya dan berkata, ‘Relaks, jangan sampai aku sakiti kau’.”

Rogol5
gambar hiasan

Suami dia teruskan niat untuk berhubungan seks meskipun tanpa kerelaan wanita tersebut. Kerana takut dan tidak percaya dengan apa yang berlaku dia mula menangis tetapi suami dia terus tekup mulut dia.

Lepas dah ‘settle’ dia terus bangun dan tinggalkan wanita tersebut. Tak dinyatakan apa yang berlaku seterusnya dalam rumah tangga mereka tetapi dia akui sekarang dah mula rasa takut dengan suami sendiri sebab dah berubah.

Baca: “Lebih baik saya mati je ustazah” – Isteri Tertekan Suami Kena HIV Gara-gara Hubungan Sejenis, Terjebak Lepas Main Facebook

Ustazah