“Dia rogol, cucuh rokok & letak garam pada luka saya” – Remaja Kongsi Kisah Hubungan Toksik Dengan Teman Lelaki

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Untuk orang luar, mungkin mudah untuk kita kata “tinggalkan je lah dia” bila kita lihat seseorang dianiaya oleh pasangan mereka. Namun, untuk keluar dari hubungan toksik, mereka perlukan kekuatan dan paling penting sokongan.

Begitu juga dengan remaja bernama Tori ini, menurut Mirror dia kongsikan pengalamannya didera oleh bekas teman lelaki dengan harapan pengalamannya ini dapat menjadi inspirasi kepada orang di luar sana. Jom baca kisah remaja ini.

“Saya memang cintakan dia”

Lakonan Semula

Saya mula bertemu Alek semasa saya berumur 13 tahun. Dia berumur 15.

Dia berpindah ke UK dua tahun sebelum saya bertemunya tapi dia kelihatan matang dari lelaki lain di sekolah.

Ini adalah hubungan serious saya yang pertama. Kami buat segalanya bersama dan saya mengaku, saya sanggup tinggalkan kawan-kawan saya untuk Alek. Saya tak kisah. Saya memang cintakan dia.

Saya ingatkan dia cintakan saya tapi hakikatnya dia hanya fikir tentang dirinya saja.

“Dia rogol, cucuh rokok & letak garam pada luka saya”

Lakonan Semula

Tak lama selepas itu, dia mula lakukan perkara yang pelik bila saya tak buat apa yang dia suruh.

Dia suruh saya berhenti bercakap dengan lelaki lain. Bila dia nampak kawan saya, Jonathan mesej saya, dia akan hukum saya dengan ambil telefon saya dan block semua kawan lelaki saya. Bermula dari sini, dia mula berubah jadi ganas.

Dia pusing tangan saya, cubit saya dan tarik rambut saya. Dia suruh saya jadi budak baik untuk dia dan buat semua benda yang dia suruh. Kemudian, bila saya perlu berhadapan dengan kawan-kawan dia, saya perlu diam dan nampak cantik.

Dia ambil duit yang saya ada untuk beli rokok dan halang saya dari bercakap dengan kawan-kawan.

Pernah sekali, kami gelakkan dia depan kawan-kawannya, dia jadi gila. Dia panggil saya pelacur dan mula tampar muka saya. Kemudian, dia rogol saya. Selepas itu, ini jadi hukuman untuk saya jika saya tak hormat dia.

Pernah sekali saya tak jawab panggilannya, dia rogol saya, ikat dan tinggalkan saya di dalam bilik sejuk tanpa pakaian atau selimut.

Alek cucuh rokok dan letak garam pada luka saya.

Saya berjaya lepaskan diri tapi dia dan kawan-kawannya tangkap dan serang saya. Mereka rogol saya. Perkara ini berterusan selama satu tahun.

“Saya pergi ke balai polis untuk buat laporan”

Lakonan Semula

Saya tahu perkara yang dia lakukan salah. Tapi saya takut nak cakap apa-apa.

Tapi, Jonathan sangat membantu saya. Dia nasihatkan saya untuk pergi ke balai polis dan buat laporan mengenai Alek.

Saya takut pada mulanya tapi Jonathan berjanji dia akan teman saya buat laporan.

Polis tanya saya banyak soalan dan mereka lihat kecederaan pada tubuh badan saya.

Kesan terbakar masih ada pada lengan dan belakang badan saya.

Bila polis beritahu saya yang mereka akan soal siasat Alek, saya terus rasa takut. Saya dapat rasa seperti darah dalam badan saya kering.

Saya takut Alek dapat tahu saya beritahu polis semua yang dia lakukan pada saya. Saya takut dia dapat lepaskan diri dan akan cari saya untuk balas dendam. Tapi sebaliknya, Alek mengaku dia lakukan semua perkara itu kepada saya.

Dia mengaku dia kongkong saya, sakitkan saya, rogol saya, kurung saya, seksa saya dan melakukan penderaan seksual ke atas saya. Polis tangkap Alek dan hantar dia balik ke negara asalnya.

Beberapa tahun dah pun berlalu. Saya kini bersedia untuk kongsi kisah saya. Penderitaan saya dah berakhir tapi saya nak bantu orang lain yang senasib dengan saya.

Ini bukan salah anda. Tak ada siapa yang layak untuk diekploitasi secara seksual.

Harapnya, perkongsian dari Tori ini dapat beri kekuatan kepada orang lain untuk berani keluar dari hubungan toksik.

 

Baca: “Sampai trauma budak tu” – 3 Kali Rogol Anak Tiri 14 Tahun, Lelaki Ini Sedang Diburu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson