Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.
Personaliti TV, Fedtri Yahya menerusi TikTok miliknya berkongsi satu ilmu berkaitan sihir yang perlu diambil tahu oleh semua.
Artikel berkaitan: “Dorang ingat kedai tutup” – Pemilik Bananadibs Dedah Jadi Mangsa Sihir Sampai Ada Cawangan Ditutup?
Artikel berkaitan: “Apa masalah hang?” – Tengok Isteri Rasa ‘Panas’, Usop & Isteri Kena Sihir Pemisah?
Dalam video itu, Fedtri berkongsi sahabatnya ada memberitahu jika seseorang itu terkena sihir, mereka tidak sepatutnya menceritakan perihal tersebut kepada orang lain apatah lagi di media sosial.
@fedtriyahya Sihir adalah mainan dan sahabat syaitan. Kita tak tahu siapa yang melihat kita dengan pandangan kedengkian dan hasad. Kalau kita canang kita makin baik, itu pasti tidak disenangi orang yang melakukan kerana matlamat mereka ialah untuk melihat kita jatuh atau lebih buruk – mati! Moga kita terhindar dan selamat daripada kejahatan sihir dan musuh yang terselindung.
“Seboleh-bolehnya jangan canang kepada orang, kita post di laman sosial ke, sebab biasanya sihir ini dilakukan oleh orang yang mengenali kita kerana adanya kedengkian, cemburu ataupun sakit hati,” katanya.
Menurutnya, mereka yang menghantar sihir ini mahu tahu perkembangan orang yang disihir, adakah kesihatan mereka bertambah baik atau tidak.
Sudah pastinya, golongan yang ‘menghantar’ perkara-perkara ghaib seperti ini ingin melihat mangsa-mangsa mereka jatuh atau lebih teruk lagi mahu mereka mati.
“Kalau boleh kita rahsiakan perubatan, pemulihan, kesembuhan tu biar tiada orang tahu, hanya orang terdekat sahaja tahu suapaya boleh bertambah baik dan meminta kesembuhan daripada Allah.
Bagi yang melakukan itu (sihir), biarlah Allah sahaja yang membalas segala kejahatan yang dilakukannya,” katanya lagi.
Selain itu, pengacara TV itu juga berpesan janganlah kita membalas sihir itu dengan sihir kerana ianya akan menjadi perkara yang khurafat.
Fedtri juga berpesan agar kita sentiasa melindungi diri dengan membaca ayat Al-Quran serta meningkatkan ibadah agar dijauhi dari perkara sebegini.
Sumber: TikTok