in

“Dia nak main aplikasi dating itu hak dia” – Sharifah Sakinah Mengaku Sudah Bercerai Mei Lalu

Untitled Design 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang mahukan rumah tangga yang dibina hancur di tengah jalan kan? Tapi jika jalan perpisahan adalah yang terbaik buat semua pihak, maka penceraian adalah jawapannya.


Meskipun timbul spekulasi bahawa rumah tangga Sharifah Sakinah dan suaminya yang merupakan seorang juruterbang, Aliff Adha sedang goyah apabila lelaki itu dikatakan aktif dalam aplikasi dating namun pelakon itu mengambil langkah untuk mendiamkan diri sahaja.

Walaubagaimanapun menerusi Berita Harian, Sharifah Sakinah sendiri telah mengesahkan rumah tangga yang telah dibina sejak 5 tahun itu kini roboh apabila dia sudah pun bercerai dengan Aliff Adha sejak Mei lalu selain mendedahkan bahawa mereka sudah tidak tinggal sebumbung bermula Mac lagi.

Shf3

Ditanya oleh Berita harian, adakah perpisahan mereka itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini menafikan perkara itu.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya.” 

Sharifah Sakinah turut berharap penjelasan itu dapat memberi jawapan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.

Baca: Best ke tayang aurat? – Netizen Kecam Gambar Seksi & Minta Padam Terus, Ini Respon Sharifah Sakinah

Capture

Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.