in

“Dia mampu buat tu…” – Iqbal Ahyar ‘Sekolahkan’ Netizen Tentang Isu Boikot

Untitled Design 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, negara Palestin kini sedang menghadapi serangan bertubi-tubi daripada rejim Israel sejak bulan Oktober tahun lalu.


Lebih menyedihkan, bahagian selatan Gaza iaitu Rafah kini turut berada di bawah serangan rejim Israel dan ia merupakan tempat perlindungan yang menempatkan jutaan penduduk Gaza.

Terpanggil untuk bersuara berkenaan isu ini ialah guru tuisyen yang sering berkongsi ilmu berkenaan sains dan biologi di TikTok, Iqbal Ahyar.

Artikel berkaitan: Tempat Perlindungan Terakhir Rakyat Palestin Diserang Israel, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Rafah Sekarang

Artikel berkaitan: Krisis UNRWA: Banyak Negara Umum Henti Beri Dana Pada Agensi Bantuan Untuk Palestin, Semua Gara-Gara…

@iqbalahyar

stay alert, keep the pressure.

♬ original sound – Iqbal Ahyar – Iqbal Ahyar

Sebelum ini, dia ada berkongsi berkenaan isu di mana Israel sudah mula membuat perancangan untuk menyerang Rafah yang tiada bangunan solid dan cuma didirikan khemah untuk melindungi penduduk Gaza, malah tempat itu juga dikatakan ‘selamat’ oleh pihak Israel.

Disebabkan itu, dia berkata sebagai langkah sokongan buat saudara kita di sana ialah dengan memboikot barangan atau syarikat yang terkait dengan negara Israel, selain sentiasa ‘bersuara’ di media sosial bagi memberikan tekanan kepada mereka.

@iqbalahyar

kita buat semampu kita lah ya?

♬ original sound – Iqbal Ahyar – Iqbal Ahyar

Pun begitu, ada pihak yang mengatakan kita sepatutunya memboikot seratus peratus barangan serta yang menyokong Israel dan tidak ‘pilih bulu’ namun Iqbal menerusi TikTok miliknya memberikan satu respon yang lain.

“Ini dipanggil whataboutism, dalam hidup ni bang kalau tak dapat buat semua janganlah tinggalkan semua.

Sama macam waktu exam dekat sekolah dulu, kalau tak dapat jawab satu soalan bukan maksud tinggalkan paper tu, jawab lah mana mampu pun,” katanya.

Menurutnya, meskipun kita tidak mampu dalam membantah seratus peratus barangan serta syarikat yang terkait namun sedikit sahaja sudah cukup untuk memberikan impak kepada rejim Israel.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.