in

“Dia lupa rupa dia dulu macam mana” – Netizen ‘Troll’ Foto A. Aida Masa Muda

Aaida

Rasanya mesti semua dah dengar mengenai isu penerbit drama terkenal A.Aida ni, kenyataannya yang mengatakan paras rupa penting dalam dunia lakonan ini telah mengundang kontroversi.

Selain netizen, ramai juga penggiat seni yang terdiri daripada pelakon baru, bahkan yang veteran menyelar dakwaan tersebut.

Sungguhpun A.Aida sudah memberikan komen terhadap kritikan tersebut, namun nampaknya isu ini semakin menjadi-jadi apabila ada pihak yang ‘troll’ balik A.Aida.

 

Kami nak macam Remy Ishak – A.Aida 

A Aida
Sumber : blog

Menerusi laporan Harian Metro, A.Aida ada mengeluarkan kenyataan dimana dia menasihati peserta yang menghadiri ujibakat  Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) agar tidak memberi harapan terlalu tinggi kalau tak ada rupa.

“Kalau boleh tak nak beri harapan kepada orang tapi saya perlu berterus terang, ada seorang peserta yang datang untuk uji bakat setiap tahun sejak 5 tahun lalu tapi tiada pakej menarik.

“Nak diangkat jadi duta DFKL ini, memang sah-sah kami nak macam Remy Ishak, Syafiq Kyle dan sebab itu saya tidak mahu mereka yang tiada pakej lengkap terus berharap,”

Menurutnya, mereka mahukan peserta yang mempunyai ciri-ciri seperti Remy Ishak, malah jika tiada rupa, hanya program Bintang Mencari Bintang adalah ‘platform’ yang layak untuk golongan  ini hadir ujibakat.

“Nak cakap tak kacak tak sampai hati pula tapi nak beri mereka faham, sudah-sudahlah! Ada yang datang tiada rupa atau penampilan tetapi keyakinan sangat tinggi.

“Sehinggakan saya tidak tahu bagaimana nak beritahu mereka supaya jangan buang masa datang ke uji bakat ini,” 

“Saya sampai sudah tiada jawapan nak diberikan. Bagi saya ‘move on’ sajalah sebab memang mereka ini tidak akan dapat.

“Kadang kala saya pun pening nak cakap macam mana lagi waima nak tolak jadi pelakon ekstra pun tak lepas,”

Penggiat seni seperti Nur Khiriah, Kak Ogy, Que Haidar terpanggil dengan kenyataan A.Aida itu. Terkesan dengan kecaman tersebut, A.Aida mempertahankan pendiriannya.

Isu ini nampaknya semakin meleret bila Instagram makcik_puaka memuat naik gambar-gambar lama pelakon dan penerbit yang dihantar oleh netizen dengan caption berbaur sindiran.

 

“Dia lupa rupa dia dulu macam mana”

Whatsapp Image 2019 03 12 At 17.35.15 Whatsapp Image 2019 03 12 At 17.35.15 1

“Halimah jongang, munir pyne ballerz elok je jadi pelakon.

Btw rupa producer ni kira ok la utk dekad 90an dulu. Skrg semua nak tengok stok² muka Zahirah Mcwilson kan..Hipokrit la penonton drama time maghrib ni “

 Tak baik lah korang ni, betul kata makcik ni, kira ok lah untuk dekad 90 an. Apa pun mungkin maksud A. Aida ini lain tapi cara penyampaian tu yang membuatkan orang salah erti.

 

Baca : Disebabkan Paras Rupa Seakan Neelofa, Model Ini Dilabel ‘Try Hard’ Oleh Peminatnya

Neelofa