Dia Langgar, Dia Pulak Yang Serang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Biasanya kalau kita dah langgar orang, pandai-pandailah kita minta maaf dan selesaikan dengan cara yang baik. Tapi lain pulak dengan apa yang jadi baru-baru ni.

Menurut Harian Metro, sekumpulan 15 lelaki membuat rusuhan hingga merosakkan pelbagai barangan berhampiran restoran di Uptown Avenue, Seremban 2 hanya sebab tak puas hati dengan satu kemalangan kecil.

Sumber: Harian Metro

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata kejadian itu berlaku pada jam 1.15 pagi ketika lelaki berusia 31 tahun yang memandu kereta Volkswagen dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Katanya, sebaik tiba di kawasan restoran berkenaan, sebuah kenderaan 4WD Range Rover dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian depan kereta Volkswagen itu.

Sumber: Facebook

Walaupun kejadian tersebut disebabkan kesalahan sendiri, namun beberapa lelaki dari Range Rover keluar dari kenderaan itu dan menyerang pemandu Volkswagen.

Yang mengelirukan, kereta lain juga turut datang dan masuk campur dalam hal tersebut.

“Tiba-tiba, kereta jenis Mercedes Benz berhenti di kawasan itu dan beberapa lelaki keluar dari kereta terbabit dan menyertai penumpang Range Rover menyerang pemandu Volkswagen menggunakan kayu serta besi.

“Kekecohan itu dipercayai berpunca daripada kemalangan berkenaan.”

Walau bagaimanapun, mangsa yang juga merupakan pengurus syarikat kawalan keselamatan difahamkan tidak mengalami kecederaan dan telah melaporkan kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Mangsa juga turut mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM10,000 akibat kerosakan pada keretanya.

“Pada masa yang sama, pemilik restoran terbabit berusia 47 tahun juga membuat laporan polis 8.21 malam (kelmarin) mendakwa kerugian RM1,500 akibat barangan di premisnya dirosakkan kumpulan lelaki yang merusuh terbabit.”

Sulizmie Affendy berkata pemilik restoran berhampiran dipercayai meminta kumpulan lelaki terbabit untuk tidak membuat bising atau bergaduh.

“Permintaan itu tidak diendahkan apabila kumpulan itu bertindak merosakkan kerusi, meja, pinggan dan barangan lain di premis berkenaan.”

Beliau juga berkata kini pihak polis sedang mengenal pasti identiti suspek dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuk dan khianat.

Alahai, semuakan boleh bawak berbincang.

Baca: Konon Kena Langgar. Rupanya…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Lobak Merah

Lobak Merah ialah laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu viral setiap hari.