in

Dia lah Emak Dia Lah Ayah! Kisah Sedih Adik Farisha, Budak Umur 11 Tahun Yang Berhempas Pulas Jaga Adik-beradik Selepas…

Farisha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat lagi tak kita di masa kecil, sewaktu baru berusia 11 tahun? Pada masa itu, kebanyakan daripada kita sedang sibuk belajar dan kalau ada masa lapang, mesti pergi bermain dengan kawan-kawan kan.


Tapi zaman muda yang gembira ini tidak dilalui oleh kanak-kanak perempuan bernama, Nurul Farisha Mohd Ridzuan, 11, yang terpaksa menggalas tanggungjawab ibu bapa dalam menjaga adik-adiknya, lapor Sinar Harian.

Susah

Semuanya berlaku selepas ayah dan ibunya dipenjarakan kerana kesalahan pengambilan dadah lalu dia dan abangnya, Muhammad Faris, 12, terpaksa mengambil alih tugas menjaga keluarga.

Apa yang menarik mengenai Farisha ni, dia kelihatan serba-serbi cekap dan langsung tidak pernah mengeluh dalam menjaga tiga adik di bawahnya iaitu, Muhammad Faisal, 6, Muhammad Fakhrul Rizal, 3, dan Muhammad Faiz Farhan,1.

Sambil menghayun buaian adik bongsu, matanya juga tak lekang memerhati gelagat adik yang lagi dua orang bermain.

Bukan itu saja, Farisha jugalah yang menyediakan makanan buat abang dan adik-adik dengan menggunakan dapur kayu kerana tak ada kemudahan dapur gas. Allahu… 

Dan semasa memasak juga, dia kena mendukung adiknya yang bongsu untuk elakkan budak tersebut menangis.

 

Tinggal bersama datuk nenek, tapi terpaksa buat kerja rumah sebab… 

Menurut Farisha, mereka tidak tinggal bersendirian tetapi tinggal bersama datuk dan nenek yang sudah tua dan uzur.

Ketika neneknya keluar menjual minyak urut dari rumah ke rumah dari jam 9 pagi hingga 6 petang, Farisha lah yang akan menguruskan hal dalam rumah.

Di rumah ini kami tinggal bersama datuk dan nenek.

“Tetapi datuk (Fauzi Ismail, 63) sakit asma kronik dan sentiasa tidak sihat, manakala nenek pula (Wan Hasiah Wan Aziz, 56) keluar bekerja bagi menyara kami sekeluarga,” katanya yang tinggal di Kampung Binjal Pulau, Kubang Terap, Pasir Mas.

978111

Tambahnya lagi, setiap hari dia akan memasak nasi, menggoreng ikan dan kadang-kadang masak mi segera untuk abang dan adik-adiknya.

Disebabkan tiada wang, dia terpaksa memberikan adik bongsunya minum susu pekat manis untuk gantikan susu tepung.

Mereka juga kini sudah tidak bersekolah selama dua tahun kerana sebelum ini menetap di Seremban, Negeri Sembilan sebelum berpindah ke Kelantan.

“Kali terakhir kami bersekolah semasa di Seremban, saya tidak pandai menulis dan membaca tetapi abang (Muhammad Faris) boleh.

“Kami sangat teringin untuk bersekolah, tapi hidup kami tidak seperti orang lain,” katanya.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian personaliti TV, Fedtri Yahya di Facebook, anak-anak ini telah mendapat bantuan Ahli Parlimen Pasir Mas.

Beliau berharap semoga adik Farisha dan adik beradiknya yang lain akan dikurniakan ‘ibu’ yang dapat menjaga mereka sebaiknya.

Fedtri

Sebak admin tengok budak semuda 11 tahun tu dah galas tugas macam-macam. Semoga dipermudahkan urusan hidup adik… 

Baca: “Papa makan nasi tak ada lauk?” – Netizen Sebak Lihat Video Anak Beranak Hidup Susah di TikTok, Rancang Ingin Beri Bantuan

Aswan

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.