Setelah lama mendiamkan diri, nama Duriankimchi (Ryzal & Maryam) sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai berkenaan dengan isu pantang.
Ia berikutan dengan foto mesra yang dimuat naik oleh mereka dengan menyatakan bahawa pasangan antara lelaki melayu dan gadis Korea ini baru sahaja selesai marathon.
Maryam
Ia menjadi isu adalah, umumnya tahu bahawa pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata pertama bulan lalu, dalam adat Melayu, selepas bersalin kena ada tempoh waktu pantang.
Pantang melakukan sebarang aktiviti berat dan pemakanan, jadi, ia menjadi satu teguran buat salah seorang netizen menegur wanita yang berasal dari Korea itu dengan kaitkan cara orang kita pantang.
Isu ini jadi viral sejak semalam apabila ia menjadi satu pertikaian dan mengundang kemarahan warganet terhadap sikap ‘makcik bawang’ itu.
https://www.facebook.com/DuriankimchiTV/posts/436178831459859
Pelbagai pihak memberikan pandangan termasuklah para selebriti sendiri, antaranya Ernie Zakri yang juga bakal menimang cahaya mata ini.
Sebelum ini, Duriankimchi sendiri telah memberikan respon bahawa Maryam ini seorang wanita dari Korea dan semestinya dia tidak ikut pantang cara Melayu.
Pendapat itu turut dipersetujui oleh penyanyi lagu Gundah ini, menurutnya kita tak boleh paksa orang bukan dari adat kita untuk ikut cara kita.
Tahu lah mereka jaga diri – Ernie Zakri
Tapi.. dia kan Korean.. mana boleh dipaksa adat kita.. yang penting tubuh badan sihat, tahu la mereka jaga diri inshallah.. https://t.co/BJsOc6mXFz
— Ernie (@ErnieZakri) November 30, 2021
Kata-kata Ernie itu turut dipersetujui oleh netizen. Malah Duriankimchi sebelum ini pun ada menegur bahawa kita tidak sepatutnya berfikiran seperti masyarakat Melayu sahaja di muka bumi ini.
Selain itu, Ernie ada menyatakan bahawa mereka mungkin ada cara mereka sendiri untuk menjaga kesihatan mereka.
Baca : Muat Naik Gambar Mesra, Ryzal & Maryam Sekali Lagi Dikecam Isu Pantang