in

“Dia diserang sekumpulan murid” – Murid Tahun 2 P*tah Tulang Hidung Akibat Dip*kul Pelajar Lain

ft anak patah tulang hidung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang murid darjah 2 di sebuah sekolah rendah di Kuala Terengganu mengalami patah tulang hidung dan retak tulang berdekatan mata selepas didakwa dipukul beberapa orang rakan sekolah dalam satu kejadian yang berlaku pada 30 Julai lalu.

Ibu mangsa, Rifka Amelia Bustomi Sofian, 37, berkata, kejadian yang menimpa anak keduanya itu mula disedari selepas anaknya pulang ke rumah dalam keadaan hidung berdarah dan muka lebam sekitar jam 4 petang.


Artikel berkaitan : “Tiba-tiba polis datang sekolah” – Jadi Mangsa Buli, Tindakan Murid Ini Buat Satu Sekolah Tergamam

Artikel berkaitan : Tindakan Tatatertib, Hukuman Terhadap Kes Buli Di Institusi Pengajian Tinggi.

 

“Anak saya pernah beritahu sering dibuli sebelum ini, tetapi saya tidak sangka sampai tahap begini.”

Screenshot 2025 08 13 161124

Katanya Rifka lagi, dia segera membawa anaknya ke klinik swasta untuk membuat pemeriksaan X-ray yang mengesahkan tulang hidung kanak-kanak itu patah.

“Dia diserang oleh sekumpulan murid, ada yang memegang tangan supaya dia tidak dapat lari, ada yang menolak dan menumbuk mukanya sehingga dia terjatuh, menyebabkan tulang hidung patah serta retak tulang di bahagian mata.” 

Tambahnya, dia menerima nasihat daripada pihak klinik untuk membuat laporan polis dan rujuk kes tersebut ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Hari ini anak saya telah menjalani rawatan di HSNZ untuk menyambung semula tulang hidung yang patah dan masih dalam pemantauan pihak hospital.” 

 

Bukan kali pertama

Jelas Rifka lagi, kejadian ini dipercayai berpunca daripada berlakunya pertukaran kelas ketika Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

“Kebetulan anak saya dari kelas lain dan menumpang di kelas itu. Saya diberitahu anak saya telah merosakkan sarung meja di kelas tersebut sebelum dipukul oleh beberapa murid lain.”

“Anak saya dipukul oleh beberapa murid dan ada antaranya tidak dikenal pasti kerana dari kelas lain. Untuk kes sarung meja rosak itu saya telah bayar RM15 untuk menggantikan sarung baru.”

Screenshot 2025 08 13 161229

Katanya lagi, ia bukanlah pertama kali anaknya mengalami kecederaan akibat perbuatan rakan sekolah. Sebelum ini, anaknya pernah dibaling batu sampaikan cedera di mata, namun, dia tidak melakukan sebarang tindakan dan kali ini, Rifka bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Sebelum ini, pada Jun lalu, dia pernah dibaling batu oleh murid lain, tetapi saya tidak membuat laporan polis, namun kali ini saya putuskan untuk mengambil tindakan undang-undang.”

“Saya tidak mahu ada lagi murid lain yang menerima nasib serupa dengan anak saya kerana sebelum ini telah banyak kes sebegini didakwa berlaku di sekolah ini.”

Jelasnya lagi, pihak sekolah telah memanggil ibu bapa yang terlibat pada Isnin lalu untuk berbincang mengenai kes ini.

“Ada ibu bapa yang telah bertemu dan hantar mesej kepada saya untuk memohon maaf, namun saya difahamkan masih ada murid terlibat yang masih tidak diambil tindakan.”

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima laporan kes tersebut.

“Siasatan awal mendapati kes ini dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek. Kes ini telah dirujuk kepada pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).”

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.