Sesetengah individu sanggup melanggar banyak perkara apabila meminati seorang artis atau public figure.
Terbaru, penyanyi ternama tempatan Ara Johari berkongsi pengalamannya diganggu oleh seorang peminat fanatik sehingga mengancam keselamatan dirinya.
Menerusi IG Story, pelantun lagu Bunga itu menceritakan dia didatangi seorang lelaki yang ingin bergambar dengannya, perkara itu disangkakan hanyalah situasi biasa namun apa yang terjadi seterusnya amat menakutkan.
“Then tiba-tiba dia datang hulur tangan nak salam, I pun macam aduh apahal pulak mamat ni nak salam kan sebab I don’t usually salam dengan strangers lelaki,” tulisnya.
Kerana situasi itu bertambah kekok, Ara hanya melayan kerenah lelaki berkenaan agar dia pergi secepat mungkin.
“Bila dah salam, tiba-tiba dia genggam tangan aku kuat-kuat eh, aku pun macam dalam hati eh asal mamat ni, tapi dalam hati tu dah selawat istighfar semua lah. Sebab takut juga apa-apa jadi.
Then ingatkan dia pergi lah lepas salam tapi tak ya, dia masih ada area situ,” tulisnya.
Individu berkenaan kemudiannya datang semula dan menarik tangan Ara lalu genggam sekuat hati dan mencium tangan penyanyi itu dengan bersungguh-sungguh sebanyak dua kali.
Ara menarik tangannya dan memukul belakang individu tersebut, sebelum lelaki itu pergi Ara sempat menjerit lalu orang di sekeliling kawasan itu kejar individu berkenaan dan dia berjaya ditangkap.
Bekas pelajar Akademi Fantasia itu turut meminta polis di kawasan itu untuk meminta lelaki itu membuang semua gambar yang ditangkap bersamanya, dalam IG story itu Ara turut memuat naik gambar pelaku itu tetapi mengaburkan mukanya.
Selain itu, menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.
Baca: Cabul Pelancong China, Pembantu Jurulatih Selam Skuba Ditahan Polis