in

“Dia ada slipped disc” – Syamsul Yusof Jawab Sebab Gugurkan Aaron Aziz Dari Produksi

Ft Syamsul Dan Aaron

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pelakon Aaron Aziz telah mencetuskan tanda tanya kepada peminat dan penonton apabila dia mengumumkan bahawa dia telah digugurkan daripada barisan pelakon filem terbaharu arahan Syamsul Yusof iaitu The Original Gangster.


Aaron sendiri pernah memberitahu, dia enggan menceritakan hal sebenar mengenai perselisihan faham yang berlaku antara dia dan Syamsul kerana mahu menjaga aib kedua-dua belah pihak.

“Aaron Aziz ada slipped disc” – Syamsul

@budieychannel

Rupanya ini sebab Syamsul Yusof gugurkan nama Aaron Aziz #sembangentertainment #syamsulyusof

♬ original sound – Budiey – Budiey

Menurut sumber, Syamsul berkata dia mempunyai alasan kukuh untuk tidak melibatkan Aaron Aziz dalam pembikinan filem arahannya itu.

Syamsul turut memberitahu sebab dia bertindak sedemikian adalah atas dasar kerisauan terhadap tahap kesihatan Aaron yang dikatakan sedang mengalami slipped disc.

“Saya sebagai sahabat dia, saya takut. Saya ini jenis pengarah selalu ‘push’ pelakon saya di set penggambaran. Pasal sekali lagi, Aaron ada slipped disc,” jelasnya.

260515069 3127453707577166 5732760641707560515 N 1 1 768X928 1

Selain itu, Syamsul sebagai pengarah filem tersebut, dia sememangnya risau sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada Aaron sewaktu melakukan aksi pada babak yang memerlukan dia untuk bergerak dengan bebas dan tangkas.

“Fighting scene, melompat, saya takut jadi apa-apa. Saya juga dipersalahkan. Jadi, saya risau tentang itu. Itu nombor satu,” ujar Syamsul.

Bukan itu sahaja, Syamsul mengatakan ramai pelakon lain yang terlibat dalam filem tersebut juga berasa kurang yakin bahawa Aaron Aziz boleh menjayakan filem ini.

Walaubagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang kata balas ataupun penjelasan daripada pihak Aaron Aziz berkaitan isu ini.

Sumber: Harian Metro, TikTok

Baca : Soffi Jikan Dedah Ada Kemelut Aaron & Syamsul, Harap Dapat Berbaik Semula

Ft Soffi Jikan Isu Kemelut 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.