in

“Dia ada perniagaan sendiri, bapa dia kaya raya” – Ayu Puteh Minta Netizen Jangan Fitnah & Tuduh PU Riz

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, hubungan PU Riz dan Neelofa kembali menjadi tumpuan netizen selepas adik-beradik pengacara itu kongsi status sindiran dipercayai ditujukan kepada seseorang.


Ekoran ini, netizen telah keluarkan pelbagai teori mengenai apa yang berlaku hingga ada yang cakap PU Riz gunakan minyak pengasih dan Neelofa telah berikan keluarga PU Riz RM100,000 setiap bulan hingga rugi berjuta-juta. Amboi, pung pang pung pang netizen membawang.

Puteh E1599557015854

Kemelut ini telah pun mendapat perhatian penerbit, Datuk Ayu Puteh yang menyangkal dakwaan netizen dengan mengatakan dirinya telah pun mengenali ahli keluarga pendakwah tersebut sejak 15 tahun lalu, lapor mStar.

“Saya kenal PU Riz sejak umur dia 10 tahun dan tak salah saya, ketika itu dia masih di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Walaupun tak rapat tapi saya tahu dia lelaki yang baik dan sesuai untuk dijadikan suami.

Dbc591Fd Bfbc 4065 Bbfe Bc02605Eaa0A

“PU Riz urus perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet dalam Malaysia. Tapi masih ada segelintir pihak tuduh kata PU Riz kaya sebab ibu bapa dia.”

Memang Neelofa berkemampuan tapi PU RIz juga mampu tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya. PU Riz seorang yang berpelajaran tinggi begitu juga dengan Neelofa.”

Collage 17 1

Tak cukup dengan ini, Ayu turut mendedahkan bapa PU Riz, Datuk Seri Ismail merupakan usahawan yang berjaya namun sangat merendah diri dan tak suka dengan dunia glamor.

“Saya memang kenal Datuk Seri Ismail sebab dalam satu persatuan perniagaan yang sama. Sudah 15 tahun kami kenal dan bapa dia seorang yang kaya raya juga sebab mempunyai perniagaan yang berjaya.”

Netizen dan penfitnah ni pun agak-agaklah nak tuju fitnah pun. Kasih sayang yang tebal tu dikatakan kena minyak pengasih agak kelakar la.”

Sementara itu, dalam kenyataan Neelofa melalui video yang dimuat naik di Instagram, usahawan ini menafikan semua desas-desus yang dibuat oleh netizen dan meminta orang ramai memberikan dia ruang untuk menyelesaikan konflik ini.

 

Baca: “Saya tak mahu cakap apa-apa mengenai perkara itu” – Bapa Neelofa Enggan Komen Dakwaan Nikahkan Anaknya Dengan PU Riz

Neelofa Kahwin

Sumber: Kosmo
Sumber: TV3
Sumber: Hype MY

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.