in

“Di mata saya perbuatan itu melampau sangat perempuan betul pun tidak begitu” – Viviana Sokong, Tak Kisah Kena Tarbiah

Vivi4

Tak lama sebelum ini terdapat satu isu hangat yang telah mengundang kemarahan orang ramai apabila tindakan seorang influencer transgender yang begitu keterlaluan melakukan aksi ghairah dan tayang di media sosial.

Disebabkan itu, selebriti media sosial Viviana Abdullah yang juga merupakan seorang golongan itu tampil memberikan respon.

Terkenal dengan kelantangannya dan pendapat bernas dalam mengupas isu-isu hangat di media sosial, Viviana sendiri menyokong bahawa pihak berkuasa tangkap dan tarbiah mereka.

Ia susulan dengan pertanyaan daripada netizen terhadap isu ini dan ada yang tanya samada dia gementar atau tidak jika tindakan tersebut dilakukan.

 

Kesimpulannya saya bersetuju, walaupun saya akan terkesan,mungkin terkena. Bila saya bersetuju saya mungkin tidak terlepas daripada segala-gala benda ini.”

Menerusi IGTV di Instagram miliknya, Viviana tidak menafikan bahawa perbuatan individu itu sangat keterlaluan. Dia menegaskan bahawa isu tentang mak nyah ini memang tidak berkesudahan cumanya ia panas atau tidak.

Jadi, isu pasal mak nyah ini dipandang serius jika ada seseorang yang melakukan perbuatan melampau.

“Pasal isu mak nyah ni dah diam dah memang lah isu ini tidak akan berkesudahan, cumanya dia panas atau tak panas sahaja.Kita dah diberikan kelonggaran, dia tahu ada makhluk-makhluk ini tetapi diaorang cuma tutup sebelah mata. Di mata saya perbuatan itu melampau sangat perempuan betul pun tidak begitu.”

Viviana juga turut menempelak individu tersebut supaya perbuatan dan aksi yang dilakukan tidak sewajarnya dilakukan di negara islam ini.

“Kalau nak buat berkara-perkara itu buat kat tempat lain, bukan di negara ni. Hormat orang, tampilkan apa yang orang nak, saya pun boleh telanjang tapi saya tahu itu bukanlah yang dimahukan oleh masyarakat.”

Katanya lagi, sebagai seorang mak nyah juga, dia tak nafikan bahawa golongan sepertinya ini taksub dengan kecantikan tetapi ia haruslah berpada-pada. Jangan disebabkan perbuatan seseorang itu habis semua golongan ini ditindas.

Seperti yang kita sedia maklum, Viviana sendiri datang daripada golongan sebegini, namun dia sentiasa menampilkan personaliti yang positif di khalayak umum.

“Pada saya cara kita bawa diri bergantung kepada orang ramai adalah eprkara paling penting. Personaliti, tingkah laku anda, itu yang orang akan nilai.Kita perlu jaga komuniti kita, kita kena jaga kita punya internal sebelum kita nak bash orang luar yang tak faham pasal diri kita, sebelum nak cakap pasal human right semua tu.”

Tambahnya, isu takkan terjadi kalau tak ada orang yang trigger pasal perkara tu. Bila orang dah mula marah maknanya individu itu dah melampaui batasan.

Disebabkan itu, Viviana rumuskan bahawa dia bersetuju kalau diambil tindakan, biarpun dia tahu dirinya mungkin terkesan, dia tak kisah.

Saya mungkin akan menjadi salah seorang yang akan ditarbiah. Tetapi tindakan harus dibuat. Saya sendiri bawa personaliti yang baik kepada orang awam, kerana nila setitik habis juga susu sebelanga.”

Namun, Viviana menegaskan bahawa kata-kata dan kenyataannya itu bukanlah untuk menindas kaum sendiri. Korang boleh tengok video penuh disini.

 

Baca : “Apa yang Sajat buat, saya kena tempias” – Kontroversi Berbikini, Safiey Tak Suka Sajat Buat Main Bab Agama

Ss