Bila melawan kata biadap, bila jawab balik marah, kata nak mengajar. Boleh gunakan token ‘didik’ sebagai senjata utama bila nak malukan murid, bukan lah nak condemn, tapi segelintir sikap guru sebegini memang wujud.
Ia dah jadi sendiri dekat seorang pelajar tingkatan empat ni apabila cikgu kaunseling sendiri yang jadi duri dalam daging.
Cerita tersebar jadi buah mulut guru-guru dan pelajar lain
Menurut mStar Online, kejadian ini berlaku tahun lepas di sebuah sekolah aliran agama. Pelajar itu mengalami depresi, anxiety dan gangguan dismorfi tubuh sekitar April 2019, dia juga pernah mendapatkan rawatan daripada doktor psikiatri.
Kata pelajar itu, sebenarnya dia dah alami gejala-gejala ini sejak dia dari tingkatan satu lagi. Masa tingkatan empat tahun lepas, dia mula mencederakan diri dengan menoreh nadinya. Disebabkan tinggal di asrama, keluarga tak tahu hal ini.
Malah perkongsian ini ada dikongsikan dekat Twitter.
" jangan toreh tangan,
pegi lah jumpa kaunselor"She went to the kaunselor at her school and showed all her scars on her arm and then you know what happened??
The kaunselor started spreading rumours to the other teachers and made her more depressed
— emo support bitch (@dheokhan) January 3, 2020
Sejak dari situlah peristiwa hitamnya di sekolah tersebut mula terjadi apabila dia kongsikan hal ini ke saluran yang betul di sekolah, cikgu kaunseling.
Saya memberanikan diri bertemu dengan guru kaunselor dan meluahkan apa yang saya alami, termasuk menunjukkan parut di tangan akibat kesan torehan.”
Tanpa di diduga ‘rahsia’ itu rupa-rupanya dijaja sampailah ada seorang ustazah yang mengajar dikelasnya minta minta dia mengaku pernah cederakan diri depan budak-budak kelas.
Ustazah ni suruh saya bangun dan mengaku melakukan perbuatan itu. Ketika itu rakan-rakan tidak tahu dan mereka terpinga-pinga. Saya terpaku dan terkejut apabila disuruh buat pengakuan”
Ustazah tanya bila kali terakhir buat solat sunat taubat
Didepan khalayak ramai itu juga dia ditanya kali terakhir melakukan solat sunat taubat sebelum ustazah tersebut berceramah tentang solat tersebut.
Waktu itu pelajar ini rasa dirinya dimalukan kerana kemurungannya itu dijadikan sebagai satu contoh dalam kelas.
Macam-macam saya rasa, selepas ustazah tu keluar dari kelas dan rakan-rakan lain ke makmal, saya menangis dengan rakan disebelah”
Bermula dari saat itu persepsi guru dan rakan lain terhadap dirinya mula berubah bila mereka mula jauhkan diri daripadanya.
Pada waktu itu, pelajar ini dalam proses pemulihan, tapi lepas kejadian ini rasa tertekan dia jadi bertambah balik.
Masalah keluarga, persekitaran seperti rakan-rakan, dan juga pembelajaran. Mula-mula kena, jiwa rasa kosong sangat, rakan hanya nampak luaran mereka ingat saya tertekan sebab masalah nak belajar, mereka tak pernah tanya”
“Tempat orang bunuh diri adalah neraka”
Bila rakan-rakan dah tahu, ada yang menghentamnya labelkan dia ni lemah iman.
Siap cakap, tempat orang bunuh diri adalah neraka. Sepatutnya mereka bantu dan berikan kata-kata sokongan”.
Pelajar tersebut kini beransur pulih dan sekarang sedang belajar di tingkatan lima di sekolah menengah biasa. Segala ubat-ubatan telah diambil dan dia kini banyak melakukan aktiviti yang berfaedah.
Sejak apa yang beraku pada dirinya, dia berpesan agar jangan sewenang-wenangnya ceritakan masalah diri kepada orang yang sembarangan sebab tak semua orang boleh dipercayai.