in

“Di mana anak saya?” – Isteri Kecewa Dengan Ippo Hafiz, Dah 4 Bulan Tak Jumpa Anak

Isteri Ippo Hafiz Kecewa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan yang hadir bagi sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Ampang hari ini meluahkan rasa kecewa kerana masih lagi tidak dapat bertemu anak keduanya, Ibrahim Afi Nur sejak empat bulan lalu.

Fara berkata sehingga kini dia masih belum mengetahui keberadaan anaknya kerapa Ippo gagal dihubungi apabila panggilan dan mesej yang dihantar tidak dijawab.


“Saya hanya nak selesaikan hal berkenaan dengan anak sahaja. Saya nak jumpa Ibrahim sebab dah lama tak jumpa dia sejak Februari sehinggalah sekarang.

“Saya cuba hubungi dia tetapi tak angkat, mesej tak juga dibalas. Jadi saya tidak tahu di mana anak saya.

“Sedangkan dia datang hari ini pun tak bawa anak. Di mana anak saya?” luahnya.

Artikel berkaitan: Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz Sebab Isteri Dah 4 Bulan Tak Balik Rumah

Artikel berkaitan: “Saya nafikan kenyataan dia…” – Didakwa Larang Jumpa Anak, Ippo Hafiz Minta Isteri Tunjuk Bukti

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Kata Fara lagi, dia ada juga bertanya mengenai anaknya namun Ippo hanya berdiam diri sahaja.

“Saya tak tahu kenapa dan dia nak apa sebenarnya. Saya sangat-sangat rindukan anak saya itu sahaja.”

Fara memberitahu, dia menghubungi keluarga Ippo untuk bertanya mengenai Ibrahim, namun, mereka juga tidak dapat memberi jawapan mengenai keberadaannya.

Menurut Fara, anak pertamanya, Yusof Zarin Nur merindui adiknya, namun, dia tidak tahu bagaimana hendak menerangkan situasi yang berlaku.

“Saya sangat sedih, saya tak tahu di mana anak saya sekarang. Sedangkan Yusof sendiri rindukan adik dia. Saya tidak tahu bagaimana ingin jelaskan kepadanya,” katanya.

Sebelum ini, Ippo menafikan kenyataan isterinya yang dia tidak pernah menghalang Fara datang bertemu Ibrahim.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.