in

“Di istana hanya tinggal sy sekeluarga bersama 3 pembantu” – 9 Kakitangan Istana Positif Covid-19, Tunku Azizah Dikuarantin

queen7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya penangan Covid-19 tidak boleh diramalkan dan voirus itu sekarang sudah ada disekeliling kita tanpa mengira tempat dimana kita berada. Buktinya tempat-tempat yang kita sangkakan akan terlindung sendiri dah terkena.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula kelmarin, selepas 7 petugas (sepanjang semalam) Istana Negara dikesan positif COVID-19. Lapor Berita Harian semalam.


 

I was in close contact with all 9 of them “- Tunku Azizah

Namun terbaru, menerusi Instagram airtangan_tunkuazizah, sudah dicatatkan 9 kes buat masa terkini. Bagaimanapun sumber melaporkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sudah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif.

queen    queen5

Namun begitu, baginda sekeluarga sekarang sedang menjalani sesi kuarantin. Dikhabarkan hanya baginda sekeluarga bersama 3 pembantu istana di dalam satu bilik dan tidak dibenarkan untuk menerima sebarang pelawat.

https://www.instagram.com/p/B-MNe6HHhMc/

Berdasarkan perkongsian di Instagram itu, Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan sudah tiba di istana untuk membawa kakitangan istana di sebuah hotel untuk dikuarantinkan secepat mungkin.

queen4

queen2

Kesemua kakitangan harus menukar pakaian mereka yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan, setiap daripada mereka harus melalui proses pembasmian kuman sebelum turun dari bas.

Malah setiap staff akan diasingkan melalui 3 kumpulan

  • Mereka yang disahkan negatif
  • Masih menunggu keputusan
  • Mereka yang ada menunjukkan gejala seperti batuk, selsema atau demam

Ketiga-tiga bahagian ini akan menaiki bas yang berlainan. Apa yang membimbangkan lagi Tunku Azizah akui yang baginda ada kontak bersama kesembilan individu tersebut.

queen3

“Setakat ini sudah 9 org positive , di istana hanya tinggal sy sekeluarga bersama 3 pembantu ….. tiada siapa di benarkan keluar bilik , no visitors …. ya allah selamat kan Malaysia ….. i was in close contact with all 9 of them , pls pray for us ! kepada allah berserah.”

Ramai netizen bimbang dan risau terhadap nasib yang terjadi kepada pemimpin kita ini. Diharap semua berhati-hati dan sama-samalah kita doakan Malaysia selamat dan kes ini dapat dibendung secepat mungkin.

 

Baca : “Mesti power ni!” – Rupanya Tunku Azizah Pernah Supply Sambal Belacan Untuk Perdana Menteri Pertama Singapura

tunkuazizah

 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.