in

“Mesti power ni!” – Rupanya Tunku Azizah Pernah Supply Sambal Belacan Untuk Perdana Menteri Pertama Singapura

Untitled Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada bermacam cara untuk negara-negara meraikan dan mengukuhkan pertalian diplomatik mereka antara satu sama lain.


China misalnya, mempunyai satu tradisi menghadiahkan panda sebagai simbol diplomasi kepada negara-negara yang bersahabat dengannya — seperti yang turut dihadiahkan kepada Malaysia sejak 2014.

Begitulah mukadimahnya, lain padang lain belalang — lain orang, lain jugalah caranya.

Nak dijadikan cerita, Raja Permaisuri Agong kesayangan jelata — Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, ada berkongsi kisah di laman Twitternya @cheminahsayang — bahawa baginda dahulu merupakan pembekal sambal belacan rasmi kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew!

Dan lebih menarik lagi, air tangan Baginda itu kini dinikmati oleh anak mendiang Kuan Yew — yang merupakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Belacan 1

Tapi apa kaitannya dengan hubungan diplomasi pula kan? Rata-rata netizen yang tersentuh dengan perkongsian Tunku Azizah menyifatkan — simple gesture daripada Baginda itu dianggap sebagai a token of diplomacy dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura.

Diplomasi 1

Diplomasi 2

Diplomasi 3

Dan ini turut diakui oleh Tunku Azizah sendiri, yang berkata — hasil air tangannya itu menjadi instrumen pengikat kasih persahabatan antara beliau dan bekas pemimpin tersebut.

Belacan 2

Dalam hantaran tersebut, Tunku Azizah turut memuatnaik beberapa keping gambar yang diutuskan kepada Baginda oleh Kuan Yew semasa hayatnya.

Yew 1

Yew 2

Yew 3

Yew 4

Yew 5

Lepas baca semua surat-surat Kuan Yew ni, bolehlah kita simpulkan sambal belacan Tunku Azizah memang power dan dahsyat — kalau tak, takkanlah bekas pemimpin ni menjadikan Baginda sebagai pembekal rasmi sambal belacan mereka kan?

Netizen pun jadi terliur, hinggakan ramai yang mencadangkan agar Baginda mengkomersialkan sambal belacannya.

Jual 1

Jual 2

Jual 3\

Jadi macam mana ni Tunku, setuju ke nak jual? Takut kempunan kami semua nanti.

 

Baca: “Ada mee bandung tak?” – Raja Permaisuri Agong Singgah Kedai, Siap Minta Resepi. Comel!

Bandung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.