in

“Di bawah pengaruh dadah” – Anak Cederakan Ibu, Bertindak Agresif Ketika Pasukan Penyelamat Tiba

Untitled Design 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu insiden menyayat hati berlaku di George Town apabila seorang anak lelaki bertindak mencederakan ibunya ketika dia di bawah pengaruh dadah.


Menurut laporan Kosmo!, pasukan penyelamat yang terdiri daripada bomba dan polis mengambil masa hampir empat jam bagi menyelamatkan wanita yang berusia 60-an itu selepas anaknya yang berumur 40-an bertindak menerajang serta memukul dengan tukul.

Artikel berkaitan: Sebak Tengok Anak Sedih Kena Pindah Sekolah, Ibu Bapa Hadiahkan Smiggle Buat Kawan-kawan

Artikel berkaitan: Anak Pukul Ibu Berusia 68 Tahun Sampai Patah Gigi Gara-gara Terjebak Dengan Dadah

Malah lebih mengeruhkan keadaan, dalam kejadian jam 10.50 malam itu lelaki bertindak mengugut untuk membunuh dirinya dengan membuka dua tong gas petroleum cecair (LPG) dengan niat menakutkan pasukan penyelamat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shaari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman bunuh diri pada pukul 10.57 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Suspek bertindak memukul ibunya, sejurus melihat pasukan polis dan bomba berada di hadapan rumahnya sehingga kami terpaksa beredar untuk mengelak tindakannya yang lebih agresif.

Ibu suspek kemudiannya dilepaskan sendiri olehnya selepas permintaan lelaki itu untuk pihak polis dan bomba beredar dari lokasi berkenaan dituruti.

Lelaki berusia 40-an itu turut mengancam membuka dua unit tong gas jenis LPG. Anggota kemudiannya membuka satu aliran bertekanan tinggi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran dan memecah masuk pintu pagar kediaman terbabit” katanya.

Difahamkan, suspek telah diberikan rawatan awal oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta St. John sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Selain itu, ibu kepada suspek difahamkan mengalami kecederaan ringan dan lebam akibat dipukul suspek ketika di dalam rumah.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.