in

KEJAM! Kumpulan Mafia Ambil Alih ‘Jaga’ Colombia, Bunuh Rakyat Ingkar Perintah Lockdown

Mafia Colombia

Bersyukurlah dekat Malaysia tiada hukuman kejam diberikan kepada sesiapa yang mengingkari arahan kerajaan membabitkan Covid-19. Kalau nak tahu, dekat Colombia rakyat dikenakan hukuman luar biasa jika mereka ingkari perintah berkurung.

Menurut NY Post, kumpulan mafia di Colombia membuat peraturan sendiri iaitu membunuh mana-mana individu yang tidak mematuhi arahan perintah berkurung Covid-19 di negara itu.

Difahamkan, kumpulan gangster yang bersenjata akan mengawal wilayah-wilayah jika kawasan itu mempunyai kadar jangkitan Covid-19 di luar kawalan.

Colombia2

Colombia3

Menurut kumpulan ini, mereka memperkenalkan sistem ‘keadilan’ yang sehingga kini telah mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan nyawa sejak ianya mula dilaksanakan.

Mereka yang dibunuh ini sama ada tidak mahu mengikut arahan ketat diberikan atau pun berani bersuara melawan mafia. Buktinya, ketua komuniti Edison Leon dilaporkan telah dibunuh selepas mendedahkan kepada pihak berkuasa tentang satu kumpulan dipanggil ‘La Mafia’ yang memaksa penduduk tempatan untuk mengawasi pusat pemeriksaan virus di wilayah Putumayo. Edison dikatakan telah menulis kepada pihak polis beberapa hari sebelum dia dibunuh.

Saya tak sanggup nak biarkan orang orang saya terus mati.”

Colombia1

Colombia5

Colombia4

Dalam satu kejadian berasingan, tiga orang awam terbunuh dan empat cedera selepas mereka ditembak ketika berada di taman awam di  selatan Colombia. Selain itu, dua migran dari Venezuela juga dilaporkan maut ketika sedang minum di sebuah kedai membaiki telefon bimbit.

Kedua-dua kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan mangsa dituduh melanggar peraturan kuarantin yang telah ditetapkan oleh kumpulan mafia tersebut.

Menurut laporan Human Rights Watch (HRW), peraturan ketat tersebut telah dikuat kuasakan sekurang-kurangnya di 11 negeri dekat Colombia iaitu Arauca, Bolívar, Caquetá, Cauca, Chocó, Córdoba, Guaviare, Huila, Nariño, Norte de Santander dan Putumayo

Baca: “Please lah jangan menyusahkan orang” – Dah Lah Tak Kuarantin, Makcik Selamba Keluar Merayau Pergi Makan Dekat Kafe!

Kkm

Sumber: Daily Times
Sumber: The Star
Sumber: Daily Mail
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun