in

Derlyn Roberts: Wanita Menyamar Jadi Penterjemah Bahasa Isyarat Masa Sidang Media Polis

Ft Wanita Menyamar Bahasa Isyarat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 2017 di Amerika Syarikat, pernah digemparkan dengan satu kes pasal seorang wanita  yang menjadi penterjemah bahasa isyarat ketika polis sedang membuat sidang media. Ini kerana penterjemah tersebut sebenarnya adalah seorang penipu yang ada rekod jenayah lampau.


Boleh tengok videonya di bawah ni.

 

Derlyn Roberts

Menurut sumber, Derlyn Roberts pernah mengendalikan satu akademi yang dinamakan Sago Palm Educational Academy pada tahun 2004 sebelum ditukar nama menjadi  menjadi Academy of Dreams di Tampa, Florida. Ia adalah sekolah swasta untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan kurang upaya.

Namun begitu, akademi tersebut dikatakan penuh dengan korupsi, salah seorang bekas pekerja di akademi itu menjelaskan pengalaman pahitnya bekerja dengan Roberts.

“Saya ingatkan tujuan sekolah itu adalah untuk membantu kanak-kanak yang berada dalam keadaan yang kurang bernasib baik,” kata Darien, ahli psikologi dan pekerja sosial yang berhenti selepas hanya beberapa minggu apabila Roberts gagal membayarnya.

‘Songlap’ duit dana

Lapor sumber lagi, menurut rekod mahkamah, Roberts telah menyalahgunakan sejumlah besar dana pendidikan daripada dana Biasiswa MacKay Florida dan menggunakan sebahagian besar wang itu untuk tujuan peribadi dari 2004 hingga 2009. Satu rekod mahkamah menyatakan bahawa sebanyak $580,000 wang yang telah ‘dicuri.’

Pada tahun 2004, pihak berkuasa telah menyiasat Akademi Pendidikan Sago Palm dan membatalkan pembiayaannya setelah mereka dapati Roberts menyalah gunakannya.

Guna identiti bekas staf untuk dapatkan dana lain

Screenshot 2023 02 03 184814

Selepas itu, barulah dia tubuhkan Academy of Dreams tetapi kali ini dia menggunakan nama bekas staf itu, Darien untuk membangunkan akademi tersebut tanpa pengetahuan Darien.

Pada masa itu, Darien telah lama berpindah ke New York. Roberts menggunakan namanya untuk menipu Jabatan Pendidikan Florida dan mencuri wang daripada pelajar berkeperluan khas yang menuntut pendidikan di sekolahnya sehingga penyiasat penipuan negeri menghubunginya.

Tak cukup dengan itu, pada tahun 2009, dia telah diintip oleh penyiasat kerana dapat hidu penyamarannya itu.

Pakai nama anak sendiri untuk tipu identiti

Namun tanpa disedarinya, Roberts meneruskan modus operandinya, dia pergi ke Tallahassee di mana dia menyamar lagi sebagai Anitress Thornton dalam satu lagi muslihat untuk memastikan skim pembiayaan sekolah diteruskan.

Penyiasat membandingkan rakaman kamera keselamatan “Thornton” dan video YouTube yang dirakam oleh Roberts untuk menentukan mereka adalah individu yang sama. Untuk pengetahuan, Thornton sebenarnya adalah anak perempuan Roberts sendiri!

Berdasarkan siasatan itu, modus operandinya gagal apabila penyamaran itu telah terbongkar dan Roberts ditahan polis. Roberts akhirnya dipenjara selama 5 tahun sebelum dia dibebaskan pada 2016.

Masuk live conference polis menyamar jadi penterjemah bahasa isyarat

Screenshot 2023 02 03 191345

Setelah keluar dari penjara, pada tahun 2017, dia tiba-tiba muncul di kaca TV sebagai seorang penterjemah bahasa isyarat saat Ketua Polis Tampa, Brian Dugan sedang membuat sidang media berkenaan dengan penahanan suspek yang terlibat dalam tembakan di Seminole Heights.

Berikutan dengan video tersebut, seorang jurubahasa bahasa isyarat dari Texas, Windy Rossi berkata pergerakan jari wanita itu tidak bermakna apa-apa dan katanya komuniti pekak langsung tidak memahami maklumat penting dalam berita tersebut

Seorang lagi pakar bahasa isyarat berkata “Dia melambai-lambaikan tangannya seperti sedang menyanyikan ‘Jingle Bells’.

Lapor telanganatoday.com, jurucakap polis Janelle McGregor, berkata Roberts tiba-tiba muncul dan menunjukkan dirinya berada lokasi sidang media menawarkan dirinya  menyediakan perkhidmatan jurubahasa dan disebabkan sidang itu dibuat dengan mengejut, jabatan itu tidak mempunyai masa untuk mendapatkan penterjemah bahasa isyarat.

Menurut sumber, Roberts pernah mengambil jurusan bahasa isyarat di Holyoke Communitc College (HCC) pada 16 tahun lalu, perkara itu disahkan oleh jurucakap HCC, Ashley Carl. Namun begitu, dia meninggalkan kolej tersebut tanpa sebarang sijil dan ijazah dan Roberts dikatakan telah ditahan polis.

Kes ini menjadi sebutan semula setelah klip video Roberts viral di media sosial dan menjadi bualan hangat warganet di luar negara.

Baca : “First time tengok” – Netizen Kagum Tengok Upacara Akad Nikah Pasangan Ini Guna Bahasa Isyarat

3Nikah

Sumber: The Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.