in

“Dengan hati yang redha walaupun berat” – [TERKINI] Maszlee Malik Sah Letak Jawatan!

Mm4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persoalan akhirnya terjawab, Dr Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan. Lapor Bernama, beliau buat keputusan selepas bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.


Beliau ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang beri kesempatan untuk menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia selama 20 bulan.

“Selepas pertemuan dengan  Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebentar tadi diatas nasihat beliau yang merupakan bagi saya seorang ayahanda, seorang pemimpin dan seorang dan negarawan yang ulung dan disiplin kepemimpinan parti dan kerajaan.

maka saya dengan hati yang redha walaupun berat dengan nasihat daripada YAB ayahanda Perdana Menteri, saya Maszlee Malik dengan ini memulangkan semula jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuatkuasa pada 3 Januari 2020. Sekian Terima Kasih.”

Perletakan jawatan itu akan mula berkuatkuasa pada 3 Januari 2020. Beliau nyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, turut nyatakan ketaatan parti Bersatu dan Pakatan Harapan.

 

Baca : “Dia dah serahkan surat resign kepada Tun M”- [TERKINI] Dr Maszlee Malik Bakal Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan?

Mm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.