in

“Dendam selalu kena marah dkt sekolah” – Bekas Pelajar Tergamak Rogol & Bunuh Guru Berusia 50 Tahun

Bunuh Cikgu

Seorang pemuda berusia 18 tahun dari Banyuasin, Sumatera Selatan ditahan pihak polis kerana merogol dan membunuh bekas gurunya, Efriza Yuniar berusia 50 tahun.

Menurut Detik, Ardiansyah ketika disoal siasat mengaku membunuh mangsa kerana dendam. Katanya, dia menyimpan dendam kerana sering ditegur dan dimarahi mangsa di sekolah kerana tingkah lakunya yang nakal. Menurut polis,

Selain niat memperkosa, pelaku juga ada dendam sama korban. Dendam karena dia waktu sekolah sering ditegur oleh korban. Di mana pelaku waktu sekolah itu dikenal nakal.”

Cikgu1

Cikgu6

Menceritakan detik kejadian pada 8 Julai lepas, Ardiansyah berkata dia telah menonton video lucah sebelum menghala ke rumah mangsa yang terletak hanya 20 meter dari rumahnya di Marga Telang, Banyuasin.

“Selesai nonton itu langsung masuk diam-diam dan mengintip korban yang sedang mandi. Dia sembunyi di balik kulkas (peti ais).”

– Polis Banyuasin

Sebaik saja mangsa keluar dari bilik air, Ardiansyah terus mencekik lehernya dan membawanya ke ruang tamu. Di situlah dia telah merogol dan terus membunuh mangsa menggunakan tiga alatan berbeza.

Di ruang tamu korban diperkosa sampai korban teriak minta tolong. Langsung itu mulut korban disumpal kain dan lehernya diikat ikat pinggang (tali pinggang), kabel charger sama tali rafia.”

Dia kemudian masuk mangsa dengan cadar dan memasukkan mayat ke dalam beg plastik sebelum diikat dengan tali rafia.

Cikgu3

Cikgu2

Mayat mangsa ditemui polis keesokan hari (9 Julai) selepas rakan gurunya, Juwita berasa curiga apabila mangsa tidak dapat dihubungi. Dia kemudian meminta anaknya untuk ke rumah mangsa dan mendapati rumahnya berkunci.

Juwita kemudian mencari mangsa di sekolah dan diberitahu rakannya itu tidak hadir ke sekolah. Bersama guru-guru yang lain, Juwita terus ke rumah dan terjumpa kunci yang diselitkan di meja dekat luar.

Apabil masuk mereka ternampak kaki mangsa terkeluar dari satu bungkusan plastik besar. Masing-masing terus lari ke luar rumah kerana panik dan  ketakutan. Polis kemudian dihubungi dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Cikgu5

Cikgu4

Menurut laporan, Ardiansyah telah ditangkap pada malam 9 Julai ketika hendak ke luar dari rumah dan polis menemukan dua telefon bimbit milik mangsa di poket seluarnya.

Jenazah mangsa dikebumikan pada 9 Julai di Tempat Pemakaman Umum Kamboja, Palembang dan pengebumian dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Baca: “Tiba-tiba ada lelaki tunggu depan bilik” – Suami Sempat Selamatkan Isteri Daripada Dirogol Jiran Sebelah Rumah

Collage 2

Sumber: Detik
Sumber: Tribun
Sumber: Detik
Sumber: Kompas
Sumber: Detik
Sumber: HotGrid