in

“Tiba-tiba ada lelaki tunggu depan bilik” – Suami Sempat Selamatkan Isteri Daripada Dirogol Jiran Sebelah Rumah

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni memang tak boleh nak percaya orang sesuka hati lebih-lebih lagi bila tinggal sorang-sorang dekat rumah, pintu tingkap memang kena make sure berkunci all the time.


Rabu lalu, seorang lelaki telah pecah masuk ke dalam rumah jirannya di Pongsu Seribu, Kepala Batas dan cuba untuk merogol seorang wanita berusia 25 tahun, lapor NST.

Nasib baik, sebelum sempat wanita ini dirogol, suaminya yang berusia 32 tahun pulang ke rumah tepat pada masanya untuk melawan jirannya.

Ketika kejadian, mangsa tinggal sendirian di rumah sebelum mendengar bunyi tapak kaki di luar biliknya. Bila dia pergi menjenguk, dia melihat seorang lelaki yang tak dikenali sedang berdiri di hadapan biliknya.

Suspek yang berusia 21 tahun ini kemudiannya menarik mangsa dan menolak mangsa ke dalam bilik sebelum cuba untuk memeluknya.

Ce 1593662906

Wanita malang ini cuba untuk lepaskan diri dengan mengambil botol plastik dan memukul kepala penceroboh itu tapi tak berjaya. Malah, lelaki ini sempat koyakkan bajunya dan cuba untuk merogolnya.

Menurut Ketua Polis Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek tersebut merupakan jiran sebelah rumah pasangan ini.

“Dari maklumat yang kami dapat, suspek dipercayai telah masuk ke rumah mangsa melalui dapur yang terbuka. Dia kemudiannya berjalan ke arah bilik mangsa.

“Mangsa yang terkejut melihat suspek di luar biliknya cuba untuk menutup pintu tapi pintu ditolak suspek hingga menyebabkan mangsa jatuh ke atas lantai. Suspek kemudiannya menolak mangsa dan koyakkan bajunya.”

Suami mangsa yang baru saja pulang dari tempat kerja telah mendengar jeritan isterinya dan masuk ke dalam rumah melalui dapur. Dia kemudiannya cuba untuk menangkap suspek tapi kepalanya dipukul dengan kayu.

Bila suspek tengok suami mangsa cedera, dia lari.”

Doktor di Hospital Kepala Batas mengesahkan yang mangsa hanya mengalami lebam ringan dipercayai berpunca dari cengkaman suspek manakala suaminya pula tak mempunyai apa-apa kecederaan dalaman.

Pihak polis turut mengesahkan yang pasukannya telah berjaya menahan suspek di hadapan rumahnya dan merampas kayu yang digunakan untuk memukul suami mangsa.

Ujian air kencing menunjukkan yang suspek negatif dadah dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 455 kerana memecah masuk rumah dan Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

 

Baca: “Dalam rumah pun dah tak selamat” – Bapa Disyaki Rogol Anak Baru Habis Pantang

Screenshot 2020 07 03 At 1.02.11 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.