in

Demi Nak Pujuk Tunang Merajuk, Pemuda Naik Bas Dari JB Ke KL Nak Hadiahkan Lego

Ft Tunang Hadiahkan Lego

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah sayang, lautan api pun sanggup diredah apatah lagi setakat naik bas dari JB ke KL. Itu yang dilakukan oleh tunang kepada wanita yang dikenali sebagai Miza sebab ingin memujuk kekasihnya.


Difahamkan, Miza, 19 dan tunang yang sama umur dengannya ada sedikit pergaduhan kecil, namun lelaki itu membuat keputusan untuk menggembirakan dirinya, itu sebablah dia sanggup berjalan jauh dari JB untuk bertemu dengan Miza yang kini sedang melanjutkan pengajiannya di Kuala Lumpur.

Menurut Miza, jejaka pilihan hatinya itu memberikan sejambak bunga tetapi ‘bunga’ tersebut diberikan dalam kotak mainan LEGO, malah lelaki itu juga menghadiahkan lagi satu set LEGO berbentuk motosikal.

Ini kerana tunangnya tahu yang Miza ini merupakan peminat motosikal, dia menghantar hadiah tersebut dalam dengan cara prank iaitu mengatakan bahawa akan ada penghantaran di tempat tinggalnya setelah dia habis kelas.

Bagaimanapun, ia sebenarnya adalah satu kejutan apabila tunangnya sendiri sanggup naik bas dari JB ke KL untuk hantar sendiri kepadanya. Menurut Miza, melihat kesungguhan tunangnya itu, rasa marah terhadap tunangnya itu terus hilang.

“Awak habis kelas pukul 3 kan? Nanti awak balik tunggu lobby tau, ada lalamove nak hantar bunga.”

https://www.tiktok.com/@mizaqstna/video/7262524073891187970?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=worldofbuzz.com%2F19yo-takes-4hour-bus-ride-from-jb-to-kl-to-comfort-his-fiance-by-personally-giving-her-lego-art-sets%2F&referer_video_id=7262524073891187970

Dalam perkongsian lain, Miza dan tunangnya berada di dalam kereta untuk unboxing hadiah daripada tunangnya itu. Bercakap kepada WORLD OF BUZZ, Miza kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan.

Katanya, mereka tidak ambil masa lama untuk mengikat tali pertunangan, mereka katanya berkenalan dan bercinta selama 4 bulan serta terus bertunang pada bulan Oktober tahun lepas.

https://www.tiktok.com/@mizaqstna/video/7262607817406795009?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=worldofbuzz.com%2F19yo-takes-4hour-bus-ride-from-jb-to-kl-to-comfort-his-fiance-by-personally-giving-her-lego-art-sets%2F&referer_video_id=7262524073891187970

Tambahnya, mereka juga merancang untuk berkahwin tahun depan setelah kedua-duanya tamat pengajian. Tunangnya itu juga sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di sebuah universiti tempatan.

Kami dari team Lobak Merah berdoa agar urusan Miza dan tunangnya dipermudahkan dan kekal bahagia ke Jannah.

Baca : “Dia wanita sejak lahir” – Tunang Mengamuk Bila Hos ‘Podcast’ Tanya Tentang Jantina Lucinta Luna

Lucinta Luna Tunang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.