in

Demi Kenang Jasa Pekerja Senior, Majikan Masih Bayar Gaji Setiap Bulan Walaupun Sudah Berhenti Kerja

Sakit 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untungnya pekerja ni sebab dapat majikan terbaik sepanjang zaman! 😉


Lima tahun yang lalu, seorang lelaki malangnya telah didiagnosis dengan penyakit buah pinggang yang serius sehingga dia terpaksa berhenti kerja dan berehat di rumah. Mengetahui keadaan stafnya yang bakal memerlukan wang untuk rawatan sakitnya itu, majikan kepada lelaki ini masih terus membayar gaji pekerjanya pada setiap bulan meskipun lelaki tersebut tidak mampu bekerja lagi. 

Tersentuh dengan sikap baik hati bosnya, pekerja tersebut telah menulis sepucuk surat kepada majlis perbandaran tempatan untuk memuji tindak laku syarikatnya itu.

20180122005669
sumber: wob

Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki yang berusia 29 tahun bernama Tang itu adalah antara pekerja terawal di sebuah syarikat agensi pelancongan yang baru di Changzhou, China pada masa tersebut. Syarikat tersebut baru sahaja ditubuhkan dalam tempoh setahun ketika dia bekerja di situ sebagai seorang pemandu pada tahun 2009.

Namun berita sedih menyapa dirinya pada 2012, apabila telah dikesan menghidapi penyakit uremia dan perlu membuat pemeriksaan sebanyak tiga kali seminggu di hospital. Disebabkan hal tersebut, keluarga Tang jatuh miskin kerana hanya dia seorang yang mencari rezeki buat isi keluarganya.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, Tang juga bertanggungjawab untuk menjaga isterinya yang menghidap diabetes dan darah tinggi serta ibunya yang berusia 76 tahun. Pun begitu, nasibnya berubah selepas majikan yang baik telah menghulurkan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggungnya selepas berhenti kerja.

Bos Tang telah memastikan bahawa pekerja seniornya ini menerima gaji pokok sebanyak 1,800 Yuan (lebih kurang RM1,100) pada setiap bulan. Wah syukurlah! 

Giphy 1

“Saya peroleh gaji bulanan tanpa perlu bekerja. Ini adalah perkara yang hanya akan berlaku di sektor swasta. Syarikat yang baik seperti ini susah untuk ditemui di dalam negara ini, dan saya sangat beruntung dapat berkhidmat dengan mereka,” kata Tang.

Menurut pengerusi jawatankuasa pekerja di syarikat tersebut, Tang merupakan ketua pasukan mereka dan dia seorang yang sangat serius dalam melakukan pekerjaan. Ketika syarikat tersebut mengetahui keadaan Tang yang sakit, mereka pada mulanya telah merancang untuk menempatkan Tang ke pekerjaan yang lebih mudah.

Walau bagaimanapun, Tang memilih untuk berhenti kerja kerana bimbang keadaannya akan menjatuhkan prestasi agensi tersebut. Namun nasib menyebelahi Tang apabila bos bernama Choo telah memutuskan untuk menyokong Tang hingga ke akhirnya dalam sebuah mesyuarat yang diadakan.

Lebih menyedihkan, Choo pula meninggal dunia pada awal tahun lalu dan pengurus besar yang baru mengambil alih tugas Choo masih mengekalkan janji untuk terus menjaga Tang. Alahai bagusnya syarikat ni…

“Melainkan Tang meninggal dunia atau syarikat kami bankrap, kami akan terus menjaganya,” kata pengurus besar yang baru.

Giphy

Tambah pengurus besar itu lagi, ketika syarikat tersebut masih baru, Tang telah menyumbang kepada pertumbuhan yang besar terhadap syarikat berkenaan. Sekarang di kala dia sedang sakit, syarikat ini tidak akan mengabaikannya dengan begitu sahaja. Untunglah Tang dapat majikan macam ni! 

Mesti ramai pekerja yang mengimpikan majikan macam ni kan? Baik hati dan tak mudah melupakan jasa pekerja. Tahniah kerana menjadi bos yang hebat! 

Baca: Majikan Baik Hati Bantu Biaya Pengajian Diploma Pembantu Rumah Hingga Selesai Pembelajaran 

Naik Hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.