Demi Duit, Aksi Bahaya Bersama Anak Jadi Modal Buat Pelancong Di Kawasan Bukit Bintang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kelibat pelancong asing kat Malaysia ni bukan lagi satu pemandangan asing. Lebih-lebih lagi dengan adanya banyak kemudahan seperti penerbangan tambang murah dan pengecualian visa untuk negara-negara tertentu, memang senang sangat untuk pelancong luar datang ke sini.

Video dirakam di Bukit Bintang

Tapi video yang dikongsikan seorang netizen ini betul-betul membuatkan orang ramai terkejut.

Tengok sajalah aksi mereka dalam video ni yang dirakam di Bukit Bintang ini.

 

“Polis tak halang..”

Dia juga mendakwa, walaupun aksi pelancong ini dikecam oleh orang ramai yang menyaksikan persembahan membahayakan itu tapi pihak polis nampaknya tak menghalang walaupun ada di kawasan sekitar.

Sumber: Facebook

I happen to pass by this area in Bukit Bintang and I saw this irresponsible act that can literally causes injury to that poor baby. Why is the authority allowing such act to be showcase to public. These street performer needs to be arrested! Please do something. #pdrm #cityofnorules #immigration #UNICEF #INHOPE #ECPAT #mixfm #rela #expatkl”

Sumber: Facebook

“Are they begpackers?”

Kita yang tengok video ni pun dah rasa seram sejuk tengok dia baling-baling anak! Kalau bergegar kepala budak tu macam mana?

Budak-budak kot, bukan anak patung ko boleh senang-senang nak lempar.

Sumber: Facebook

Tolonglah pihak imigresen dan PDRM ambil tindakan segera. Jangan biarkan orang macam ni terus dibiar buat sesuka hati mereka.

Mentang-mentang mereka datang sebagai pelancong, tak bermakna mereka ni boleh mengemis dapatkan duit kat sini dan buat persembahan berbahaya!

Baca: Hati-Hati! Pak Arab ‘Kaki Kencing’ Aktif Di R&R, Cerita Kononnya Dia Disamun Sebelum ‘Paksa’ Mangsa Beri Duit

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.