in

Demi Avengers : Endgame, Thor Dan Black Widow Sanggup Diseksa Makan 3500 Kalori & Puasa 15 Jam Sehari.

Featured 2

Siapa yang layan Avengers mesti kagum dengan bentuk tubuh badan yang dimiliki superhero-superhero kesayangan korang tu kan? Malah mungkin ada yang pasang impian untuk memiliki tubuh badan macam tu.

Tapi untuk pengetahuan korang ia bukan sesuatu yang mudah. Malah kesemua bintang Avengers ni bekerja keras sebelum tayangan demi memastikan kecergasan dan tubuh badan yang dimiliki mereka berada dalam keadaan yang terbaik.

 

Rahsia kecergasan dan bagaimana nak dapatkan bentuk tubuh seperti ‘Thor’ dan ‘Black Widow’?

Gambar 1
Sumber : google

Kalau korang nak tau, memetik dailymail cara nak dapatkan bentuk tubuh seperti Black Widow, watak yang dilakonkan Scarlett Johansson bukannya setakat jogging 2-3 round je tau.

Menurut personal trainernya, Eric Johnson berkata Scarlett perlu berpuasa selama 15 jam sehari selain perlu terlibat dalam latihan angkat berat seperti yang dilakukan atlet angkat berat bertaraf olimpik semata-mata nak bawa watak Black Widow.

Inspirasi kami untuk Black Widow adalah seperti Linda Hamilton dalam filem Terminator 2. Scarlett dilarang hisap rokok, perlu berlari beberapa batu sehari selain tidur lebih empat jam sehari”

Eric maklumkan yang pengambilan makanan yang berkarbohidrat Scarlett juga dicatu supaya tubuh yang diinginkan itu dapat dicapai sebelum penggambaran filem tersebut.

One Time Use Only Johansson Fitness
Sumber : google

193

Namun ianya bergantung pada bentuk training sebab ada waktu Scarlett perlu makan makanan yang tinggi karbohidrat dan rendah lemak, malah ada juga waktu dia hanya perlu fokus kepada makanan yang rendah karbo dan tinggi lemak.

“Scarlett perlu puasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari, so waktu makannya jadi terhad tapi semua itu bergantung kepada jadual penggambaran juga sebab ada ada hari dia perlu berpuasa selama 15 jam”.

Kalau korang rasa puasa 15 jam tu dah hardcore, korang kena baca bagaimana Scarlett training untuk dapatkan bentuk badan bagi ‘Black Widow’.

“Proses dan training untuk Scarlett sama dengan style yang dilakukan kebanyakan atlet sewaktu persediaan untuk menyertai pertandingan. Dengan memberi lebih banyak penekanan pada prestasinya, tubuhnya hanya akan mengikutinya sahaja.”

 

Thor kena MAKAN 3500 kalori sehari dan jalani training HIIT & HIRT, apa tu?

Berbeza pulak dengan God of Thunder atau Thor, watak yang dilakonkan Chris Hemsworth, 35 tahun yang perlu makan kalori sekurang-kurangnya sebanyak 3500 dalam satu hari. Boleh dikatakan bersamaan 5 kali makan.

Rakan yang juga personal trainer Chris, Lukas Zocchi berkata sebagai Thor, Hemsworth perlu menjalani tiga sesi senaman dalam sehari bagi menurunkan berat badan sekaligus membina otot adiwira terkuat itu.

G
Sumber : google

Ss

Kalau korang nak tau, training untuk Chris berdasarkan kepada HIIT (High Intensity Interval Training) dan HIRT (High Intensity Resistance Training)..apa benda tu?

Untuk watak Thor biasanya kami akan angkat beban yang lebih berat, lakukan lebih banyak kerja berasingan”

Tapi Luke berkata rutin berbeza terpaksa digunakan untuk watak Thor dalam Endgame.

“Rutin biasanya dilakukan tidak lebih daripada sejam dan hanya fokuskan kepada dua bahagian otot untuk satu sesi. Untuk satu otot, kami akan buat empat kaedah senaman menggunakan berat yang dibahagikan dan bagi setiap senaman, kami akan lakukan sebanyak 12 set”

“Kami buat sekurang-kurangnya sebanyak tiga sesi, tapi ada kalanya kami gandakan sesi dalam seminggu. Bagaimanapun latihan tidak boleh dilakukan lebih enam hari seminggu sebab baki satu hari perlu untuk masa rehat”.

Kalau korang nak tau bagaimana dapatkan badan macam Thor, Luke beritahu yang sesi latihan untuk Chris ni memfokuskan kepada dua otot bagi satu sesi latihan iaitu dada dan bicep, otot belakang dan tricep akhir sekali kaki dan bahu.

Qdh2Zge
Sumber : google

Dari segi pemakanan pulak, Chris perlu diet yang memerlukan dia ambil makanan yang tinggi nutrien selain pengambilan pelbagai jenis protein, bijirin, buah-buahan, kekacang dan lemak.

Well itulah pengorbanan kalau nak dapat bentuk badan macam Thor dan Black Widow. Sanggup ke korang  buat semua tu?

Baca : Mentaliti kita masih di tapak kaki Pengalaman Tengok Avengers: Endgame di Negara Orang, Tak Ada Pun Yang Bertempik Suruh Diam?

Mentaliti