in

Demi Anak… Sebak Baca Kisah Mengapa Pasangan Ini Buat Persembahan Makan Rumput

Rumput

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak. Anak merupakan anugerah dari Tuhan dan ibu bapa sanggup lakukan apa sahaja bagi memberikan yang terbaik untuk mereka.

Ikuti kisah pasangan suami isteri ini yang tular di media sosial melalui gambar mereka yang sedang makan rumput. Pasangan ini juga menceritakan kisah mereka melalui papan tanda yang diletakkan diantara mereka sewaktu persembahan.


Mr4
sumber: klick. My

Menurut Harian Metro, pasangan suami isteri, Kuang Nengyong dan Xiang Weiling dari Beijing, sanggup membuat persembahan makan rumput semata-mata untuk mengumpul duit bagi membiayai perubatan anaknya yang menghidap penyakit leukemia.

Mr2
sumber: klick. My

Mengikut laporan yang dibuat oleh Klick.my, anak mereka, Kuang Han, 9, baru sahaja menjalani pemindahan tulang sum-sum tetapi paru-parunya menolak sel-sel baru yang menyebabkan jangkitan. Oleh kerana penyakitnya, Kuang Han menganggap dirinya sebagai bebanan kepada ibu bapanya dan pernah beberapa kali menyuruh ibu bapanya supaya berhenti membiayai perubatan serta meminta mereka melahirkan anak lain sebagai pengganti.

Mr3
sumber: klick. My

Kuang dan Xiang memberitahu mereka mengambil keputusan untuk membuat persembahan di jalanan kerana kesemua wang simpanan mereka telah habis digunakan malah mereka turut berhutang dengan lintah darat. Mereka juga turut menjual kesemua harta benda namun wang yang diperolehi masih belum mencukupi kerana bayaran perubatan yang tinggi.

Ini adalah satu-satunya cara yang mampu dilakukan kini untuk menyelamatkan anak kami,” kata Xiang.

Menurut pasangan itu, dek kerana terdesak mereka sanggup mengetepikan perasaan malu dan meminta derma di tepi jalan. Sebagai balasan untuk mereka yang menderma, Kuang dan Xiang akan membuat persembahan dengan memakan rumput. 

Apabila ditanya mengapa mereka memilih untuk menjadikan makan rumput itu sebagai persembahan, pasangan tersebut dengan sedih memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai bakat lain untuk dipersembahkan kepada orang awam.

Mr1
sumber: klick. My
Mr5
sumber: harian metro

Kuang juga memberitahu bahawa dia sebelum ini pernah bekerja sebagai buruh namun terpaksa berhenti kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pengorbanan ibu bapa ini patut dipuji. Tatkala ada yang sanggup buang anak dan mendera anak, ada di luar sana yang sanggup makan rumput kerana sayangkan anak.

Baca: Video 10 Saat Ini Cukup Membuktikan Betapa Hebatnya Pengorbanan Seorang Ibu

Mr12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.