Semalam adalah malam pertama seluruh umat Islam menunaikan solat terawih tetapi dalam keadaan pandemik Covid-19 ini sudah tentunya kita digalakkan lakukan di rumah saja.
Namun, kira-kira 30 orang penduduk di Kota Surabaya dilaporkan tetap menganjurkan solat terawih seperti biasa di masjid. Bagaimanapun, ianya terpaksa dibatalkan selepas dimulakan apabila seorang jemaah dilaporkan tiba-tiba pengsan di halaman Masjid Kemayoran, Jalan Indrapura itu.
Menurut Suara Jatim, ketika sedang solat terawih ada seorang lelaki yang tidak mahu ikut serta dan mahu pulang namun tiba-tiba tidak sedarkan diri. Seorang jemaah berkata,
Sebenarnya sempat ada Tarawih, tapi orang itu tadi mau pergi kayaknya nggak ikutan. Pas waktu nyalakan motor itu tiba-tiba jatuh tapi pelan banget, nggak langsung. Kondisi motor juga masih nyala tadi.”
Tadi kalau ndak salah ya kira-kira ada 30-an orang. Langsung disuruh keluar semuanya. Mungkin kalau nggak ada kejadian tadi ya, Salat normal kayak biasanya, tapi ya mau gimana lagi kan karena ada kejadian itu tadi akhirnya dilarang.”
Semua jemaah yang ada di masjid kemudian disuruh pulang dan pihak polis kemudian dihubungi untuk melaporkan kejadian itu. Setiausaha Masjid, Muhammad Syaiful berkata polis yang tiba kemudian menghubungi pasukan perubatan untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Tiba bersama ambulan dengan lengkap berpakaian sut PPE, pasukan perubatan kemudian menyuruh semua yang berada di masjid ketika kejadian untuk melakukan ujian saringan.
Seluruh kawasan masjid termasuk bahagian dalam dilaporkan telah dinyah kuman dan ditutup buat sementara waktu.
Kalau degil juga nak berjemaah dekat masjid lepas ni tak tau nak habaq..