Nama Alif Satar seringkali disebut-sebut sejak dia melancarkan program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’. Baru-baru ini, Alif Satar sekali lagi membuat netizen kagum apabila dia bercerita tentang kesusahan hidupnya sebelum ini.
Alif Satar pernah ambil job RM50 sehari
Menerusi hantaran video podcast di TikTok @tunasyrafkhalid bersama Alif Satar, dia berkongsi cerita tentang kehidupan penyanyi lagenda tanah air, Dato’ M. Nasir.
Artikel berkaitan: “Lagu dia catchy!” – Netizen ‘Meremang’ Dengar Lagu Patriotik Nyanyian Alif Satar, Jaclyn Victor & Priscilla Abby
Artikel berkaitan: “Alif Satar ajak ride!” – Suami & Isteri Kongsi Pengalaman Sertai #GengSubuhMacamJumaat Di Genting Highlands
Katanya, Dato’ M. Nasir pernah berhadapan situasi sukar namun menganggap itu ada proses dalam kehidupan. Alif Satar bagaimanapun menjadikan kisah tersebut sebagai pengajaran untuk dirinya sentiasa cekal dan kuat.
Of course kalau kau nak sale RM10,000, kau kena letak bajet marketing RM30,000.. buat macam-macam tapi sale tak dapat cover lagi. Mesti kau akan rasa susah! Kena packing barang sendiri dan inilah yang kau perlu hadapi.
Aku pernah pergi job RM50 satu hari. Hanya sebab aku kena buat benda ni. Waktu pagi raya pertama, aku kena menyanyi.
@tunasyrafkhalid This episode of @apaceritapodcast with @alifsatar is truly one of my favorites. Alif candidly shares: “Life is tough, and nobody said it’s easy.” He explores the idea that life is a constant test, as taught in Islam. Yet, he also emphasizes the importance of a solid support system to make it all more worthwhile. Don’t miss this inspiring and heartfelt conversation. Watch it now on YouTube! This Episode is specially brought to you by @Kahf Store MY
♬ original sound – Tun Asyraf Khalid ™ – Tun Asyraf Khalid ™
Syukur ada keluarga & isteri memahami
Bagaimanapun, Alif Satar bersyukur kerana di sebalik kesusahan yang dilalui ini ada keluarga dan isteri yang selalu menyokong serta sangat memahami.
Walaupun susah, saya ada keluarga yang supportive! Sebenarnya, kau kena cari pasangan yang terbaik. Macam isteri aku, the best lah bro.. Dalam apa sahaja kesusahan, kesibukan, dia faham.
Pun begitu, Alif Satar melarang untuk para suami mengambil kesempatan atas kebaikan isteri.
Janganlah take for granted. Kena balance benda tu.. Benda ni sangat susah. Dunia ni tempat ujian kita, kalau tak diuji, maknanya kau kat syurga dah. Bila senang.. jangan lupa.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pendapat Alif Satar.
Kagum dengan Alif Satar!
Sumber: TikTok