Seorang citizen journalist kini berdepan dengan hukuman penjara 5 tahun kerana membuat laporan mengenai pandemik Covid-19 di Wuhan China.
Menurut Chinese Human Rights Defenders, Wanita 37 tahun, Zhang Zhan yang merupakan bekas peguam dan seorang aktivis sebelum ini dilaporkan hilang pada 14 Mei dan dikatakan dia ditahan sehari selepas membuat laporan mengenai wabak di bandar itu.
Menurut sumber, penangkapan secara rasmi itu telah disetujui oleh Kejaksaan (sebuah agensi yang bertanggungjawab atas pendakwaan dan penyiasatan rakyat China) Daerah Baru Pudong pada 19 Jun, dan dia kini ditahan di Pusat Penahanan Daerah Baru Pudong di Shanghai.
Mogok lapar ketika dalam tahanan, sangat kurus dan lemah dalam tahanan
One year the horrible #Corona
Came to existence on earth Nov 17 2019Reporter ZhangZhan is jailed for reporting covid 19 . pic.twitter.com/Mf1Ptwlis5
— Mujahid Pasha (@mujahid96327777) November 17, 2020
Dai Peiqing, peguam Zhang yang mengunjungi pusat penahanan pada 9 September dan mendapati bahawa dia memulakan mogok dimana sanggup berlapar pada 2 September sementara pegawai bertugas berusaha untuk memberinya makan secara paksa.
Zhang didakwa pada 15 September lepas atas tuduhan mengirimkan maklumat palsu di platform media sosial dan menerima wawancara media luar negara iaitu Radio Free Asia dan Epoch Times. Lapor Nextshark.
Wen Yu, peguam bela Zhang, mengunjunginya pada 28 September dan melaporkan bahawa dia kelihatan sangat kurus dan lemah.
Kejaksaan Daerah Shanghai Pudong juga dilaporkan menolak untuk mengizinkan peguam lain, Ren Quanniu, untuk memeriksa sebarang dokumen kes .Mereka mendakwa Zhang mesti menandatangani surat amanah terlebih dahulu, walaupun keluarganya telah melakukannya.
Mahkamah mengesyorkan hukuman penjara 4 hingga 5 tahun setelah menerima tuduhan menimbulkan kekecohan dan membuat memprovokasi dimana menurut Radio Free Asia tuduhan ini sering digunakan oleh pihak berkuasa terhadap aktivis yang mengkritik Parti Komunis China (PKC).
Ibu Zhang enggan bagi kerjasama?
Dikatakan, ketika kali terakhir Wen Yu melawat Zhang beliau berada di bawah tekanan dan ‘tak mampu nak meneruskannya’.
Peguam lain, Li Dawei, dari Gansu, mengatakan dia sukar menghubungi ibu Zhang, Dai Peiqing sepanjang kes ini. Li Dawei dakwa pihak berkuasa juga dikatakan ada ‘masuk campur’ dengan memberikan tekanan kepada keluarganya.
Katanya, Dai enggan beri kerjasama dalam memberikan maklumat terperinci mengenai kes Zhang. Malah, Li Dawei juga mengatakan bahawa Dai ada beritahu Zhang yang penguamnya Wen Yu telah menarik balik kes tersebut memandangkan dia hanyalah satu-satunya peguambela.
“Ini bukan perkara rahsia, dan tidak melanggar undang-undang bagi seorang peguam bela untuk berbicara dengan keluarga mengenai fakta asas kes ini atau memberikan salinan dakwaan kepada keluarga,” kata peguam itu.
“Ini juga tidak melanggar etika profesional peguam. Dia seolah-olah melakukan tindakan tersebut atas kehendak pemerintah,” tambahnya lagi.
Apa yang Zhang dah buat?
Pada 3 Februari lepas, Zhang pergi ke Wuhan untuk membuat laporan mengenai kejadian pandemik Covid-19 yang berlaku di bandar tersebut
- Zhang ada menyiarkan beberapa cerita di media sosial termasuk penahanan wartawan bebas dan bagaimana keluarga-keluarga di sana diganggu setelah mereka meminta dipertanggungjawabkan semasa wabak tersebut.
- Polis China menuduh Zhang ‘memalsukan’ dua perincian dalam laporannya, khususnya mengenai bagaimana warga Wuhan terpaksa membuat pembayaran untuk ujian saringan COVID-19 & penduduk kota itu diduga diberikan sayur busuk semasa lockdown.
Ini bukanlah kali pertama Zhang menghadapi masalah dengan pihak berkuasa China. Dia ditahan pada bulan September 2019 kerana menyuarakan sokongannya terhadap protes Hong Kong.
Mahkamah memaksanya untuk menjalani pemeriksaan psikiatri dua kali sebelum dibebaskan pada 26 November 2019.
Selain Zhang, ada dua lagi citizen journalist iaitu Li Zehua dan Chen Qiushi ditahan oleh pihak berkuasa kerana mambuat laporan tentang pandemik ini.
Untuk baca pendedahan yang Zhang buat, boleh baca dibawah ni.