in

“Datuk kena buat macam ni” – Caprice Bergurau Dengan Rosyam Nor, Netizen Syak Macam Sindir Seseorang?

ft caprice rosyam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk bulan puasa tahun ini, kita disajikan dengan 2 buah drama yang telah menguji kesabaran kita sebagai penonton iaitu, Bidaah dan Keluarga Itu. Kedua-dua drama terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd di bawah naungan Erma Fatima ini dilihat telah memberikan impak besar sehingga menjadi tumpuan banyak pihak.

Sebelum ini, babak usap janggut menggunakan kaki daripada drama Bidaah menjadi tumpuan, watak Iman yang dibawa oleh pelakon hebat, Datuk Rosyam Nor juga turut diperkatakan oleh orang ramai.


Artikel berkaitan : Kes Pempengaruh Hilang, Caprice Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Jika Ia ‘Fake’ Semata-mata

Artikel berkaitan : “Ini bukan statement, ini bualan” – Isu Rumah Pelacuran, Rosyam Nor Minta Maaf

Bagi mereka yang menonton drama bersiri ini, Iman merupakan seorang tokoh tahfiz yang dihormati dan mempunyai empat anak iaitu Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis) dan Dhini (Duerra Miltilda). Biarpun Iman terkenal dengan sifat dermawan dan keteguhan imannya, ada rahsia yang tersembunyi di dalam keluarganya.

Seperti yang kita sedia maklum, Iman memegang watak seorang lelaki yang miang dan cuba ‘menggatal’ dengan seorang ustazah. Tak cukup dengan itu, Rosyam Nor baru-baru ini ada buat satu hantaran melakukan aksi ketap bibir seperti watak Iman dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

Majoriti netizen rasa meremang melihat cara Datuk Rosyam Nor buat gaya ‘miang’ itu dan ia telah meraih perhatian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice.

Dalam satu hantaran di Instagram, Caprice bergurau dengan mengajar cara-cara untuk menjadi orang miang berdasarkan reaksi wajah. Dakwanya, cara sebegitu akan membuatkan Rosyam Nor ‘selamat’ daripada kecaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menjengah ke ruangan komen, netizen seolah-olah dapat hidu yang Caprice sedang mengajuk wajah seseorang. Namun tidak disebutkan siapa individu itu.

Screenshot 2025 03 17 090640 Screenshot 2025 03 17 090715 Screenshot 2025 03 17 091023 Screenshot 2025 03 17 091058

 

Siapa eh? Min ada tertinggal bas ke?

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.