in

“Ini bukan statement, ini bualan” – Isu Rumah Pelacuran, Rosyam Nor Minta Maaf

Rosyam Nor Minta Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon otai tanah air, Datuk Rosyam Nor yang mengatakan bahawa pusat pelacuran untuk warga asing adalah satu keperluan untuk negara ini.

Kata-kata yang dikeluarkan oleh pelakon itu bukan sahaja mendapat kecaman hebat pengguna media sosial, malah turut mendapat tentangan daripada agamawan serta teguran daripada Mufti Pulau Pinang dan Menteri Agama.


Susulan kekecohan itu, Rosyam Nor sebentar tadi tampil memperjelaskan dan membuat permohonan maaf berhubung video tular berkenaan.

Artikel berkaitan: Wanita Warga Asing Kerja Tukang Cuci Tapi Bila Malam ‘Jual Diri’

@suhanchannelofficial

Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita

♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Suhan Channel Official

Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata dia tidak menyangka kenyataannya itu akan menjadi tular sehingga disalah erti dan mendapat pelbagai reaksi ramai.

“Kecoh betul satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran yang kononnya saya buat kenyataan. Apa-apa pun saya minta maaf, sebab saya tak sangka ini akan jadi viral yang sangat besar.”

Jelasnya, klip video itu adalah potongan daripada perbincangan isu pornografi menerusi sebuah podcast.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

“Sebenarnya, itu adalah promo untuk program podcast aku di Suhan Channel yang bertajuk ‘Otak Porno’ dan ia adalah perbincangan.

“Jadi aku rasa baik semua orang pergi ke Suhan Channel tengok video yang sepenuhnya, apa yang diperbincangkan,” katanya menerusi Instagram.

Dalam podcast itu, Rosyam berpendapat pusat pelacuran boleh dijadikan untuk pekerja asing ‘melepaskan nafsu’ mereka untuk mengurangkan jenayah seksual di Malaysia.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.