Siapa tak kenal dengan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang sering berkongsi resepi nasi goreng luar biasa di media sosialnya? Kalau korang pernah dengar pasal NGAM, korang memang legend!
Kali ini, Ahmad Maslan dilihat berkongsi tips mengenai rahsia perkahwinan yang bahagia bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-38.
Dalam perkongsian di X, Ahmad Maslan menyatakan bahawa pada 12 Disember 1987, beliau dan isterinya, Noraini Sulaiman telah diijabkabulkan di Kuching, Sarawak.
Artikel berkaitan: “Sedap ni” – Ahmad Maslan Kongsi Resepi Tumis Kacang Panjang Tempe di TikTok, Netizen Teruja!
Artikel berkaitan: “Kalau hujan pakailah payung” – Ahmad Maslan Saran Semua Turun Mengundi, Tak Kira Cuaca

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya, Ahmad Maslan telah berkongsi lima tips kebahagiaan rumah tangga.
- Bincang bila nak buat keputusan yang melibatkan keluarga.
- Segera selesai sebarang salah faham. Elakkan bergaduh.
- Jaga empat anak, tiga menantu, 5 cucu sebaik mungkin.
- Sederhana dalam segala hal.
- Jaga solat dan adab.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai komen positif daripada netizen yang memuji Ahmad Maslan sebagai contoh suami yang baik.
Ramai juga mendoakan akan hubungan pasangan ini berkekalan hingga ke jannah.

Sumber: X
