in

“Datang Malaysia buat hal” – Kena Tipu Sindiket, Wanita Bangladesh Terpaksa Jadi Pelacur Layan Rakan Senegara

Bangla Pelacur

Ditipu sindiket dan terpaksa menjual badan untuk melangsaikan hutang adalah sesuatu di luar jangkaan mereka. Itulah yang berlaku kepada wanita warga Bangladesh selepas menjadi mangsa penipuan rakan senegara mereka.

Menurut Harian Metro, kegiatan sindiket pemerdangangan orang warga Bangladesh masih berlaku sejak ia bermula pada tahun 2000.

Bangla5
gambar hiasan

Jalan Silang, Kota Raya dan Lebuh Pasar adalah lokasi hab pelbagai kegiatan termasuk pusat pelacuran dan pemalsuan dokumen permit kerja. Meskipun pernah diserbu pihak berkuasa tapi 2 hari kemudian mereka kembali teruskan operasi.

Warga Bangladesh dikenali sebagai Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom merupakan individu paling popular dalam kalangan rakan senegara mereka terutamanya dia tiga lokasi tersebut.

Bangla1
sumber: harian metro

Sindiket diketuai warga Bangladesh ini akan menjanjikan kerja bergaji besar kepada ramai wanita dari negara mereka sebagai umpan untuk datang ke Malaysia. Mereka juga tawarkan wanita itu semua untuk menanggung perjalanan ke Malaysia tapi dengan syarat agar bayar semula bila dah dapat kerja.

Namun, sebaik tiba di Malaysia wanita ini semua dikejutkan dengan penipuan sindiket yang didalangi rakan senegara mereka itu. Bukan itu saja, mereka sebenarnya dilacurkan untuk membayar hutang.

Sindiket ini menggunakan modus operandi kerja bergaji lumayan sebagai umpan untuk menjerat wanita warga Bangladesh di negara mereka untuk datang ke negara ini.”

Jika tiada wang, sindiket sanggup menanggung dengan syarat apabila sudah bekerja, perlu membayar semula hutang itu.”

Mereka dipaksa melacur bagi menyelesaikan hutang. Mahu atau tidak, mangsa dipaksa melacurkan diri kepada rakan senegara.”

Lacur6
gambar hiasan

Mereka ini terpaksa menjadi pelacur dan melayan nafsu serakah rakan senegara sendiri yang menjadi buruh di Malaysia ini.

Ada dalam kalangan tauke ini menyewa premis untuk dijadikan pusat pelacuran dengan menjadikan lelaki warga Bangladesh yang bekerja di sekitar ibu kota sebagai pelanggan.”

Sindiket ini juga akan menjaga wanita itu semua dengan memberi tempat tinggal dan menguruskan penghantaran dari rumah ke pusat pelacuran.

Lacur1
gambar hiasan
Lacur4
gambar hiasan

Dulu mereka masuk Malaysia ini dengan saluran sah tapi lepas dan beberapa tahun bekerja, mereka pula yang jadi ‘pedagang’ dan bawa masuk bangsa sendiri dengan cara haram dan lebih teruk, mereka ini dilindungi oleh sindiket tempatan.

Mereka ini jugalah yang kini semakin menguasai ekonomi tempatan dengan membuka premis-premis kecil seperti kedai runcit, kedai makan dan ada juga yang jadi kontraktor serta dapat kontrak besar daripada kontraktor tempatan.

Bangla4
gambar hiasan

Bila agaknya kegiatan mereka ini akan berakhir?

Baca: “Pakai niqab tapi…” – Wanita Sanggup Jadi Pelacur, Bantu Suami Si Bapa Ayam

Feature Pelacur Berniqab